‘This is Anfield’ kata Pep Guardiola sambil menyalahkan pengadil sebagai punca kenapa pasukannya kalah.

Namun begitu pada masa yang sama memuji Liverpool sebagai ‘klinikal’ dan ‘sangat bagus’ selepas kekalahan Manchester City kepada The Reds.

Pep Guardiola mengecam pengadil Anthony Taylor kerana tidak membenarkan gol City menerusi Phil Foden.

Manchester City dalam proses untuk melanjutkan rekod kemenangan kepada tiga perlawanan mereka dalam Liga Perdana apabila mereka bertandang ke Anfield.

Dan mereka menjadi pasukan pilihan untuk mengutip ketiga-tiga mata kerana pasukan Liverpool tidak konsisten dan bergelut dengan beberapa masalah kecederaan.

Pemain pemain Manchester City berjaya menghantar umpanan kepada Erling Haaland beberapa kali pada separuh masa pertama. Bagaimanapun, penyerang itu jarang dapat melepaskan diri daripada Virgil van Dijk dan walaupun ketika dia berjaya melakukannya Alisson pula ada di belakang sana untuk menggagalkannya.

Peluang keemasan pertama perlawanan sebenarnya milik Mo Salah pada awal separuh masa kedua. Roberto Firmino menghantar bola di belakang pertahanan City dan dia meluru ke gawang sebelum merembat. Tetapi Ederson melakukan penyelamatan dengan cemerlang.

Phil Foden berjaya menyumbat bola ke gawang Liverpool tiga minit kemudian. Haaland merampas bola dari tangan Alisson dan Foden memanfaatkannya dengan melakukan rembatan ke gawang, yang masuk selepas terkena Joe Gomez.

Namun begitu, apa yang menimbulkan kemarahan Guardiola, gol itu dibatalkan kerana kekasaran Haaland terhadap Fabinho ketika fasa pembentukan gol itu.

Salah memberikan Liverpool pendahuluan pada minit ke-76 selepas Alisson bermain bola panjang ke arahnya. Joao Cancelo adalah satu-satunya pemain yang bertahan di bawah dan dia tidak dapat mengendalikan pemain sayap itu.

Salah memecut ke arah gol dan kali ini berjaya menewaskan Ederson.

Liverpool bertahan dengan kental dan berani untuk mengekalkan kelebihan mereka dan mereka akhirnya menjadi pemenang di Merseyside dengan keputusan 1-0.

Pep Guardiola memuji Liverpool kerana ‘sangat klinikal’ dan ‘sangat baik’
Semasa wawancara selepas perlawanan dengan BBC Match of the Day.

Guardiola berkata: “Kami melakukan segala-galanya, kami bermain dengan sangat baik dan mencipta peluang. Selalunya kami sangat bagus tetapi kami melakukan kesilapan. Mereka sangat klinikal dan sangat baik.”

Guardiola kemudian menyalahkan pengadil Anthony Taylor yang menarik balik jaringan Foden. Sambil menyatakan bahawa perkara seperti itu biasa berlaku di Anfield. Pengadil dipengaruhi oleh penyokong Liverpool.

Guardiola: This is Anfield

Menjawab dengan sinis ketika ditanya pandangannya tentang gol yang dibatalkan, Guardiola berkata: “Ini adalah Anfield [This Is Anfield],” merujuk kepada tagline popular tentang stadium itu.

Guardiola menambah: “Dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah tiga atau empat tahun lalu, dan kami datang ke sini kebanyakan masa ia berlaku,” kata pengendali dari Sepanyol itu lagi.

“Kami perlu membuat permainan yang sempurna dan kami tidak melakukannya, kami melakukan kesilapan, harap pada masa hadapan kami boleh belajar tetapi pasukan seperti ini, [bertanding] dalam Liga Juara-Juara Eropah, ia sangat sukar dan mereka menghukum anda.

“Pengadil berkata main terus, main terus, main terus, berapa ribu juta kesalahan dia hampir berikan [tiup wisel]? Tetapi gol tidak diberikan.”

“Itulah persoalannya, jadi apabila pengadil memutuskan untuk bercakap dengan pengurus, kepada Jurgen Klopp, kepada penolong jurulatih saya dan berkata ‘Saya akan berterus terang, ia berlaku sepanjang masa dengan cara itu,’ maka anda tidak boleh menolak gol itu.”

“Tetapi jika anda membuat keputusan pada minit pertama kesilapan, kesalahan, kesalahan… Tetapi anda tahu, ini adalah Anfield.”