Pep Guardiola mempertahankan Lionel Messi yang dipilih sebagai pemenang Ballon d’Or 2021.

Ramai pihak yang merasakan bahawa Robert Lewandowski kali ini dirompak. Kerana menurut mereka bintang Poland itu lebih layak memenangi Ballon d’Or berbanding Lionel Messi.

Bekas pemain Argentina, Esteban Cambiasso antara legenda yang menyatakan bahawa dia sudah lama tidak berminat dengan Ballon d’Or. Ini selepas bekas rakan sepasukannya, Diego Milito dinafikan haknya untuk memenangi Ballon d’Or pada 2010.

Ketika itu Milito menjadi bintang utama dalam membantu Inter Milan menjuarai treble. Bercakap kepada Sky Italia, Cambiasso berkata: “Saya sudah lama tidak percayakan anugerah individu ini sejak 2010.”

“Pada hari saya menyedari bahawa Milito tidak ada dalam senarai 30 pencalonan akhir, bukan top 5 bukan top 10. Saya masa tu terus menyatakan saya tidak memahami langsung tentang anugerah seperti ini.”

Selain daripada kemenangan Lionel Messi, ramai juga pelik penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy langsung tidak berada dalam senarai akhir, bahkan tiada dalam senarai 30 akhir.

Edouard Mendy

Namun Pep Guardiola mempertahankan Ballon d’Or yang menurutnya membantu mewarnai hiburan dalam bola sepak.

Pep Guardiola berkata: “Jangan tanya ssaya tentang perkara itu, ianya sudah jelas. Kita tak boleh sesekali cakap bahawa kemenangan Ballon d’Or Messi ini tidak adil. Ini adalah pertunjukan yang bagus untuk menjadikan bola sepak lebih menghiburkan.”

“Syabas kepada Alexia [Puttelas], Pedri, dan Leo [Messi].”

“Dia layak atau tak, saya bukan orang yang menentukannya. Robert Lewandowski musim ini dan musim lalu, jumlah gol dan kualitinya, ia juga adil [kalau dia yang menang].”

“Kerana ada 3 hingga 5 calon yang benar benar bagus.”

“Di peringkat ini, apabila mereka berada di sana [senarai finalis] bermakna kesemua mereka berhak menjadi pemenang.”

Lionel Messi merangkul Ballon d’Or ketujuh di dalam kariernya. Menjadikan beliau kini mengatasi pesaing terdekatnya Cristiano Ronaldo yang masih kekal dengan 5 Ballon d’Or.

Baca juga artikel

Nasser Bangga Messi Menang Ballon D’Or Bersama PSG Dan Mahu Bantu Mbappe

Messi Tewaskan Lewandowski, Rangkul Ballon d’Or Ketujuh

RASMI: Ralf Rangnick Diumum Sebagai Pengurus Interim Manchester United