Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menafikan klausa pelepasan Haaland untuk menyertai Real Madrid selepas memasuki fasa teraktifnya klausa pelepasan khas itu.

Erling Haaland terus cemerlang sejak menyertai Manchester City. Terbaru dia terus mencetak gol dalam aksi UCL bersama dengan Man City.

Haaland menambah dua lagi gol dalam koleksinya untuk kelab baharunya ketika Manchester City menewaskan FC Copenhagen 5-0.

Guardiola kemudian diminta menjawab berita tentang laporan bahawa klausa pelepasan Haaland boleh menyertai Real Madrid pada 2024 dengan jumlah bayaran khas.

Berita itu benar benar mengejutkan Pep Guardiola kerana Haaland baru sahaja menyertai mereka pada musim ini.

Guardiola berkata: “Itu tidak benar. Dia tiada klausa pelepasan ke Real Madrid atau mana mana kelab.”

“Itu cuma khabar angin. Orang ramai boleh bercakap apa sahaja dan kami tidak dapat mengawalnya.”

“Kami cuba prihatin terhadap perkara yang kami boleh kawal sahaja,” tegas Guardiola.

“Apa yang yang bakal berlaku di masa depan kita tidak tahu. Namun perkara yang sangat penting sekarang ini, dia menyesuaikan diri dengan sangat baik. Kami semua merasakan bahawa dia sangat gembira di sini.”

“Semua orang di sini sayangkan dia dan itu yang paling penting.”

Pep Guardiola memuji prestasi Haaland. Sambil menyatakan bahawa Haaland dan mereka yang ada di Man City adalah memiliki cita cita yang sama untuk menang dan menempa kejayaan.