Manchester City sedang mempertimbangkan untuk menandatangani Paul Pogba secara percuma apabila kontrak pemain Perancis itu bersama Manchester United tamat pada akhir musim ini.

Pogba berminat untuk bekerjasama dengan ketua jurulatih Manchester City, Pep Guardiola. Di mana pengurus itu turut percaya pemenang Piala Dunia itu boleh akan sesuai dengan sistem dan mampu berperanan penting di bahagian tengah Manchester City.

Ia akan menjadi satu tindakan yang kontroversi, mengikut jejak langkah Carlos Tevez dengan meninggalkan United ke City beberapa tahun lalu.

Tetapi Pogba harus menerima gaji yang lebih rendah daripada yang dia ada sekarang.

City tidak boleh membuat pendekatan rasmi kepada Pogba sehingga penghujung musim ini, tetapi Guardian melaporkan bahawa mereka bersedia menawarkan kontrak empat tahun kepada pemain Perancis itu, dengan pilihan setahun lagi.

Lulusan akademi Man United, Pogba, 29, tidak akan melanjutkan kontraknya di Old Trafford dengan kelab yang dia sertai semula dari Juventus dengan harga £89 juta pada 2016.

Pemain tengah itu bergelut untuk memberikan impak yang diinginkan di Manchester United, menjaringkan 29 gol dalam 154 penampilan liga sepanjang enam musim. Di mana dia telah memenangi satu Piala Liga dan Liga Europa.

Kelab yang berpangkalan di Old Trafford itu menawarkannya perjanjian baru musim panas lalu, yang ditolak, dan mereka belum mengemukakan tawaran baharu kepada pemain itu. Kerana percaya tawaran terakhir mereka adalah yang terbaik mereka tawarkan kepada Pogba.

Pogba berkongsi ejen – sebelum kematian Mino Raiola – dengan Erling Haaland yang. Di mana The Guardian menegaskan bahawa Haaland akan menyertai City dari Borussia Dortmund pada musim panas.

City akan membayar klausa pelepasan penyerang itu dan syarat telah dipersetujui dengan pemain Norway itu. Ayah Haaland, Alf-Inge pernah bermain dengan City satu ketika dahulu.

City dijangka kehilangan seorang pemain tengah musim panas ini dengan pemain veteran Brazil, Fernandinho mengumumkan dia akan kembali ke Brazil untuk meneruskan fasa akhir kariernya.

Pastinya City berminat mendapatkan pemain bintang seperti Pogba yang memiliki nilai komersil – berada di bursa pasaran secara percuma.

Seterusnya hanya sedikit kelab yang mampu membayar gaji Pogba – dia kini memperoleh pendapatan £290,000 seminggu di Old Trafford – jadi dia juga dikatakan sedang mempertimbangkan pasukan seperti PSG dan Rewal Madrid.

Pogba berkemungkinan sudah pun memainkan perlawanan terakhirnya untuk United ketika dia dikeluarkan awal kerana kecederaan dalam aksi kekalahan mereka menentang Liverpool awal bulan ini.