Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menganggap pasukannya menjadi mangsa kedengkian pasukan lawan mereka yang lain.

Pep Guardiola secara terbukan membuat penafian tentang salah laku pasukannya dalam sidang akhbar Jumaat apabila ditanya mengenai pertuduhan salah laku kewangan yang dikenakan ke atas Manchester City awal minggu ini.

Guardiola menegaskan kelabnya “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”.

Sambil mengecam tindakan 19 pasukan EPL yang lain yang menurutnya sewenang wenang mengambil tindakan mereka sendiri sebelum City dibuktikan bersalah.

Manchester City didakwa atas 115 pelanggaran peraturan kewangan sejak pengambilalihan oleh Abu Dhabi United Group pada 2008.

Dengan hukuman masih jauh daripada untuk diputuskan. Apabila Guardiola disoal oleh wartawan mengenai situasi tersebut, dia menegaskan bahawa kelab itu “tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah”.

Guardiola berkata: “Fikiran saya ialah kami telah pun dikecam ramai pihak.”

“Sejak Isnin ia seperti yang berlaku dengan UEFA sebelum ini. Kelab membuktikan bahawa mereka tidak bersalah sama sekali, kenapa saya perlu berfikir sekarang, dengan hanya tuduhan yang masih di peringkat cadangan…”

“Anda perlu faham bahawa 19 pasukan Liga Perdana yang lain telah menuduh kami tanpa memberikan kami peluang untuk mempertahankan diri. Anda tahu betul-betul di pihak mana saya berada.”

“Kami bernasib baik kerana hidup dalam masyarakat di mana semua orang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Kami tidak mempunyai peluang ini.”

“Mereka menganggap kami sudah bersalah. Saya fikir kami mempunyai peguam yang baik tetapi Liga Perdana Inggeris – mereka disokong oleh 19 pasukan – akan mengambil peguam yang baik juga.”

“Jika kami tidak bersalah kami akan menerima apa yang hakim atau Liga Perdana putuskan, tetapi apa yang berlaku jika ia sama seperti UEFA dan kami tidak bersalah? Apa yang berlaku untuk memulihkan kerosakan kami?”

Beberapa tahun lalu, Guardiola berikrar bahawa dia akan angkat kaki jika dia mengetahui kelab itu berbohong kepadanya mengenai perbelanjaan mereka.

Dan spekulasi telah pun bermula mengenai penggantinya. Bagaimanapun, pengurus dari Catalan itu memberikan jaminan tentang masa depannya kepada kelab itu dalam sidang media yang sama.

Guardiola berkata dia tak akan berganjak daripada tempatnya kerana Manchester City ternyata menjadi mangsa.

Pep menjelaskan: “Kini saya memberikan jaminan bahawa saya lebih bersemangat untuk terus kekal di sini berbanding sebelum ini.”

“Kerana saya yakin kelab ini tidak berbohong. Seperti mana yang kelab dah buktikan ketika berdepan UEFA sebelum ini. Kenapa saya harus tidak mempercayai orang saya sendiri?”

“Terdapat 9 pasukan di EPL yang mahu UEFA singkirkan kami dari UCL kerana mereka mahukan tempat kami yang ada sekarang yang kami dapat daripada kemenangan di atas padang.”

“Pasukan itu adalah Leicester, Newcastle, Wolves, Tottenham, Burnley, Arsenal, [Manchester] United, Liverpool dan Chelsea.”