Pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah mengiktiraf Lionel Messi sebagai GOAT ataupun pemain terbaik sepanjang zaman, dan turut mengucapkan tahniah kepada Julian Alarvez, selepas kejayaan menjuarai Piala Dunia 2022 bersama Argentina.

Penyerang City Alvarez memainkan peranan penting dalam kejayaan negaranya manakala bagi Messi, yang menikmati kejayaan besar di bawah Guardiola di Barcelona, ​​​​itu adalah kemuncak kegemilangan kariernya yang cemerlang.

Kemenangan Messi mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pemain terhebat sepanjang zaman.

Guardiola: Messi adalah GOAT!

Bagi Guardiola, yang memenangi Liga Juara-Juara dua kali bersama Messi di Barca, isu Messi adalah GOAT sudah lama tidak diragui.

Guardiola sedar bahawa setiap orang akan memiliki pilihan berbeza dan dipengaruhi nilai sentimental dalam memilih GOAT.

Dia berkata: “Semua orang mempunyai pendapat masing – masing, tetapi tiada siapa yang boleh meragui dia berada di sana.”

“Saya dah cakap banyak kali, bagi saya, Messi dia adalah yang terbaik (GOAT). Sukar untuk memahami bagaimana seorang pemain boleh muncul dan melakukan apa yang dia lakukan dalam tempoh 10-15 tahun yang lalu.”

“Orang yang melihat Pele atau Di Stefano, atau Maradona – mereka boleh mengatakan pemain kegemaran mereka.”

“Dalam pendapat seperti ini, mereka boleh mempunyai pendekatan sentimental untuk memilih pemain terbaik sepanjang zaman.”

“Jika dia tidak memenangi Piala Dunia, pendapat saya tentang apa yang telah dia lakukan untuk bola sepak dunia tidak akan berubah, dia tetap terbaik.”

“Bagi Messi, ia adalah pencapaian kemuncak pada kerjaya yang luar biasa.”

Guardiola berkata dia gembira melihat Julian Alvarez dapat merasai pengalaman bergandingan bersama Lionel Messi.

Guardiola bangga kerana dalam pasikannya kini ada seorang pemain berstatus juara dunia.

Pep Guardiola menambah: “Dia banyak bermain dan sumbangannya sangat mengagumkan untuk pasukan, untuk cara mereka bermain.”

“Kini kami mempunyai juara dunia dalam pasukan kami.”

“Kami sangat gembira untuknya. Tahniah kepadanya, untuk Nico Otamendi [bekas pemain City] dan, sudah tentu, secara peribadi untuk Leo Messi, untuk Argentina sebagai sebuah negara, juara yang layak.”