Pep Guardiola berikrar bahawa dia dan anak anak buahnya sudah bersedia untuk ‘berkorban nyawa’ dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Manchester City akan memenangi 2 gelaran Liga Perdana berturut-turut sekali lagi di bawah Guardiola, jika mereka dapat menewaskan Aston Villa dalam perlawanan terakhir mereka pada Ahad 22 Mei.

Gelaran itu juga akan menamatkan serta merta harapan quadruple Liverpool pada musim ini.

Manchester City masih boleh bergelar juara jika Liverpool gagal menewaskan Southampton dalam aksi EPL pertengahan minggu ini. Kerana secara matematiknya, jika kedua dua pasukan terikat mata, City memiliki perbezaan jaringan yang sangat besar.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, ia akan menjadi satu perasaan yang luar biasa untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris di hadapan peminat mereka sendiri di stadium Etihad yang penuh sesak pada 22 Mei itu nanti.

City menentang Aston Villa dalam perlawanan terakhir mereka musim ini dan akan memastikan Liga Perdana jika mereka berjaya memenangi perlawanan itu.

“Minggu depan stadium kami akan penuh, tiket habis dijual, kami akan menggadaikan nyawa kami dan mereka [penyokong] akan memberikan segala yang mereka ada, semuanya,” kata Guardiola.

“Untuk melakukannya adalah satu keistimewaan yang luar biasa, selepas bertahun-tahun.”

“Untuk mempunyai peluang bersama dengan orang kami [di Etihad], untuk memenangi satu perlawanan agar menjadi juara. Saya menantikannya.”

Man City kendalian Guardiola mungkin akan dinobatkan sebagai juara pada hari Selasa itu sendiri, jika Liverpool kalah dalam perlawanan seterusnya, namun pengurus itu berkata bahawa City akan kekal fokus pada perlawanan mereka sendiri.

“Jika mereka kalah atau menang ia bergantung kepada kami untuk melakukan permainan paling sempurna yang mungkin kami boleh lakukannya,” tambah Guardiola.

“Menentang Liverpool ini, anda tidak boleh memenangi liga empat dengan baki 4 perlawanan. Anda perlu berjuang sehingga ke titik penamat. Kelebihan yang sangat besar adalah kami berada di tempat sendiri dan ianya [nasib kejuaraan] berada di tangan kami.”

Manchester City keciciran mata di West Ham dalam aksi EPL pada Ahad. Sementara Liverpool sebelum ini turut keciciran mata ketika seri dengan Tottenham.

Liverpool mendapat harapan baharu untuk bersaing sehingga ke perlawanan terakhir dengan keputusan yang dicatatkan di Stadium Olimpik.

Liverpool sudah menjuarai 2 piala domestik musim ini. Dengan 1 lagi final iaitu UCL akan menyusul pada 28 Mei akan datang.

Sementara itu, dalam aksi Liga Perdana Inggeris segalanya akan ditentukan minggu ini.