Pep Guardiola mengesahkan bahawa Ferran Torres sendiri yang mendesak perpindahan ke Barcelona. Lalu Guardiola menyatakan bahawa Manchester City tidak akan sesekali cuba menyimpan pemain yang sudah tak ada hati bermain untuk kelab mereka.

Ferran Torres rasminya menjadi milik Barcelona dan akan mulai bermain bersama Barca pada Januari hadapan. Barcelona setuju membayar EUR55 juta ditambah EUR10 juta lagi untuk pemain berusia 22 tahun itu.

Sebelum cedera, Torres menjadi pemain utama Pep Guardiola. Dan beliau menjaringkan 16 gol daripada 43 penampilan sejak menyertai Manchester City dari Valencia.

Namun hanya selepas satu musim penuh, Torres sudah menyatakan bahawa beiau mahu menyertai Barcelona. Di mana Xavi menjadikan pemain itu sasaran utamanya sejak hari pertama tiba di Nou Camp.

Torres masih tidak dapat beraki sejak Oktober kerana kecederaan. Guardiola menyatakan: “Saya sentiasa merasakan kalau Barcelona atau Real Madrid datang ‘mengetuk pintu’ sangat sukar untuk mana mana pemain menolaknya.”

“Ketika dia datang kepada saya dan memberitahu dia mahu angkat kaki, saya kata, baiklah kamu pergi.”

“Saya nak pemain pemain saya gembira. Ini adalah perniagaan, namun jika pemain nak pergi, maka silakan.”

Berkenaan dengan posisi penyerang, Guardiola mengesahkan bahawa Manchester City tidak akan terlibat dalam pembelian penyerang pada Januari akan datang.

City sebelum ini gagal mendapatkan Harry Kane dalam perpindahan musim panas lalu.

City sudah beraksi tanpa no.9 tulen sejak awal musim. Namun mereka masih lagi gah di singgahsana liga.