Manchester City terus cemerlang pada musim ini. Terbaru, mereka menunjukkan aksi dominan dalam perlawanan 16 terakhir Liga Juara Juara Eropah berdepan dengan Borussia Mochengladbach di Budapest.

Joao Cancelo mencipta 2 assist cantik kepada Bernardo Silva dan juga Gabriel Jesus. Manchester City kini dianggap sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Juara Juara Eropah.

Namun Pep Guardiola menyatakan bahawa pasukannya bukan pilihan sebaik sahaja beliau melihat aksi Bayern Munich. Ini kerana mereka tidak cukup tajam di hadapan gol.

“Secara keseluruhannya kita bermain baik, kita mengawal perlawanan selain daripada satu situasi pada akhir perlawanan. Malangnya kita tak cukup tajam di serangan, [terutama] dalam situasi 1 lawan 1. Kita kena perbaikinya dalam pertandingan ini.”

“Apabila saya melihat Bayern Munich bermain, saya tak rasa kita adalah pasukan pilihan.”

“Jika mereka melabel kita pasukan pilihan, maka kita kena terima. Namun kita hanyalah pasukan yang sampai ke separuh akhir sekali dalam 10 tahun. Jika mereka kata kita boleh menang, tidak ada masalah.”

“Saya katakan sekali lagi, sasaran saya sekarang adalah West Ham. Sudah sekian lama kita memikirkan soal setiap perlawanan dan cuba memenanginya dari Cheltenham sehingga ke Old Trafford.”

“Cabaran kita seterusnya adalah aksi 12.30 tengah hari berdepan West Ham.”

Ditanya, apakah rahsia pasukan City menang sehingga 19 perlawanan berturut turut, Pep berkata: “Kita ada banyak duit untuk membeli pemain pemain yang hebat.”

“Tanpa pemain berkelas dunia, kamu tak akan mampu melakukannya. Semangat kemanusiaan dalam pasukan ini, para pemain sangat luar biasa dan memiliki hubungan yang sangat hebat.”

“Mereka bermain setiap perlawanan dan hanya memikirkan untuk menang.”

Adakah Manchester City akhirnya akan menamatkan penantian sekian lama mereka untuk menjulang Liga Juara Juara Eropah? Ianya trofi yang masih tidak dimenangi oleh mereka di dalam sejarah.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris, City masih berada 10 mata di atas Manchester United dan Leicester dalam carta liga.

Baca juga perkembangan lain

Angelino Kecam Guardiola: “Dia ‘Membunuh’ Saya Ketika Di City”

UCL: Kalah Di Tangan Real Madrid, Toloi Bidas Pengadil Bagi Kad Merah Salah

Analisis Werner: Moden Poacher Yang Bergelut Dengan Fizikal EPL