Pep Guardiola mencadangkan bahawa dia lebih merasai “keseronokan” dalam memenangi sesuatu di Man City berbanding dengan kelab lain selepas kemenangan selayaknya mereka ke atas Club Brugge.

Man City mendahului terlebih dahulu di Etihad. Joao Cancelo tmelakukan erkena tiang tetapi mereka dapat mengekalkan kitaran bola tersebut yang membolehkan Phil Foden menjaringkan gol dari jarak dekat selepas hantaran lintang Cancelo.

Tuan rumah berada di hadapan tidak lama kerana jaringan sendiri daripada John Stones.

Kedua dua pasukan kemudian saling serang menyerang. Namun separuh masa kedua ternyata berbeza. City mendominasi sepenuhnya perlawanan.

Cancelo sekali lagi menjadi nadi gol City untuk gol kedua. Beliau melorongkan bola kepada Riyad Mahrez.

Sterling menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 3-1. Dan kemudian Gabriel Jesus menjaringkan gol sebelum tamat. Kemenangan 4-1 ini melonjakkan City ke tangga teratas Kumpulan A apabila PSG keciciran mata ketika menentang RB Leipzig.

Bercakap kepada BBC, Guardiola berkata pasukannya “sangat bagus” pada separuh masa kedua menentang Brugge:

“Sepenuhnya layak menjadi pemenang perlawanan ini. Dalam beberapa minit pertama, kami menjaringkan gol tetapi selepas bolos kami akan berundur sedikit.”

“Separuh masa kedua sangat bagus. Permainan yang bagus, kemenangan yang bagus. Kami memerlukan satu mata untuk mara, dan tiga mata untuk menjadi pendahulu kumpulan.”

Mengenai Leipzig yang ibarat membantu mereka dengan gol lewat menentang PSG. Namun Pep menyatakan bahawa sebenarnya tidak ada siapa pun pernah membantu mereka kecuali mereka sendiri.

“Kami saling membantu. Apa yang telah kami lakukan tahun-tahun ini… apabila anda berada di Manchester City, anda menyedari tiada siapa yang akan membantu anda.”

“Semua yang perlu dilakukan, kami telah melakukannya. Apabila anda berada di ranking tinggi dan kelab besar, saya faham mungkin anda akan mendapat bantuan. Namun di sini tidak. Apabila kami menang, kami melakukannya.”

“Semua kejuaraan yang saya menangi sebelum ini adalah kerana saya berada di kelab besar. Sudah tentu, keseronokan adalah lebih tinggi [memenangi sesuatu bersama City]. Perjuangan untuk memenangi sesuatu dalam hierarki Liga Perdana Inggeris adalah sangat hebat sekali.”

“Setiap perlawanan adalah sukar. Mereka telah mengubah bentuk yang kami mainkan di Belgium.”

“Kami bermain bola sepak yang sangat bagus. Saya suka cara kami bermain.”

Baca juga artikel

UCL: Dua Assist Trent Bawa Liverpool Mara Ke Pusingan Kalah Mati

UCL: Ronaldo Sekali Selamatkan Man United Daripada Kekalahan

RASMI: Antonio Conte Pengurus Spurs