Sebelum ini Pep Guardiola berperang dengan setiausaha Persatuan Penyokong Manchester City. Ini selepas Guardiola memberikan komen meminta lebih ramai penyokong hadir ke stadium selepas aksi UCL menentang RB Leipzig.

Penyokong Man City meminta Guardiola fokus sahaja kepada hal kejurulatihan. Tetapi Guardiola memberikan respon bahawa komen beliau bukanlah ofensif kepada mana mana pihak. Dan tidak sesekali akan meminta maaf kerananya.

Guardiola juga menegaskan bahawa kenyataannya telah disalah tafsir. Sedangkan sebelum ini beliau pernah menyatakan perkara yang sama ketika bersama Barca, Bayern dan Man City sendiri. Meminta penyokong agar memenuhi stadium.

Dalam aksi berdepan Southampton, program perlawanan juga menggariskan tentang kehadiran penyokong ke stadium.

Selepas kehadiran penyokong yang lebih ramai, Man City gagal memberikan kemenangan dalam aksi berdepan Southampton. Mereka turut beraksi hambar dengan hanya 1 sahaja percubaan tepat.

Guardiola kemudian bengang dengan soalan yang berkaitan dengan komen beliau tempoh hari. Pada masa yang sama Guardiola merasa bersalah kerana gagal memberikan kemenangan kepada penyokong, terutama sekali mereka yang hadir.

“Saya tidak membuat kenyataan yang salah selepas aksi Leipzig. Saya cuma kata, kita akan bermain menempuhi aksi yang sangat sukar berdepan Southampton, dan saya perlukan sokongan serta penyokong kami.”

“Saya bukan merungut tentang berapa orang yang hadir, saya tidak akan melakukannya sesekali dalam hiudo saya. Sudah tentu saya akan sentiasa berterima kasih, tak kira 100 orang atau 85 orang sahaja yang hadir, saya akan rasa gembira.”

“Saya berasa agak bersalah kerana kami gagal bermain baik, cuma saya tak faham tentang subjek ini, bertanya dengan saya tentang apa yang telah saya katakan.”

“Saya kata, ‘guys’ ayuh terus bersatu unuk perlawanan seterusnya. Perkara yang sama akan saya katakan sekarang. Tolong datang Selasa ini ketika berdepan Wycombe dalam aksi Piala Carabao.”

“Saya masih lagi agak terkejut, kenapa orang tanya soalan ini. Lima tahun saya di sini, inilah pertama kali orang bertanya soalan serupa ini. Namun penyokong kami luar biasa, terutama sekali ketika mini minit akhir perlawanan, mereka cuba menaikkan semangat pasukan.”


Baca juga artikel

EPL: Liverpool Menang, Salah Dan Mane Cetak Gol Seabad

Guardiola Tak Faham Kenapa Peminat City Marah Kenyataannya Suruh Datang Stadium

Newcastle Sangat Toksik Selepas Kekalahan Di Tangan Man United