Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menolak tanggapan ramai bahawa skuad bimbingannya merupakan pasukan pilihan untuk menjuarai kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21.

Pengendali kelahiran Sepanyol tersebut masih melihat juara bertahan yang juga merupakan kelab gergasi Jerman, Bayern Munich sebagai calon utama untuk sekali lagi meraih gelaran juara saingan paling berprestij di Eropah itu.

Pendapat itu disuarakan oleh Guardiola sebaik sahaja The Cityzens mencatatkan kemenangan 2-0 keatas Borussia Monchengladbach pada aksi pertama peringkat 16 di Puskas Arena, awal pagi tadi.

Sementara itu, Bayern Munich memperoleh bekalan selesa apabila menang 4-1 ketika kunjungan ke Stadio Olimpico menentang SS Lazio.

Sehubungan dengan itu, Guardiola berpendapat skuad yang dibimbing Hansi Flick  itu lebih mempunyai peluang cerah untuk menjulang trofi UCL.

“Apabila saya melihat kemampuan Bayern Munich, saya tidak merasakan kami adalah merupakan pasukan pilihan untuk memenangi gelaran. Sasaran saya untuk memenangi perlawanan bertemu West Ham United, tiga hari lagi.”

“Sekiranya ada yang mengatakan kami sebagai pilihan, kami perlu untuk menerimanya, tetapi kami adalah pasukan yang sepanjang sejarahnya baru sekali sahaja layak ke separuh akhir.”

“Baiklah, sekiranya mereka mengatakan sedemikian [Manchester City sebagai pasukan pilihan], kami perlu untuk menerimanya,” ujar Pep Guardiola menurut laporan dikeluarkan Goal.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Tomas Trucha: Tiada Jalan Mudah, Semua Pemain Penang FC Perlu Buktikan Kemampuan

Tidak Sampai Satu Jam, Jualan ‘Online’ Jersi JDT 2021 Sudah Habis Dijual

Tanda Penghargaan, TMJ ‘Belanja’ Penyokong JDT

 

 

Sumber