Pep Guardiola menepis spekulasi bahawa Manchester City antara pasukan pesaing untuk mendapatkan Lionel Messi dengan menyatakan bahawa pemain itu tiada dalam radar mereka.

Seterusnya Guardiola turut mengakui bahawa mereka berminat untuk mendapatkan Harry Kane.

Pep Guardiola menyatakan kekaguman beliau ke atas Lionel Messi ketika sidang media pra perlawanan Perisai Komuniti.

Guardiola ternyata terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Barcelona. Tetapi mengesahkan bahawa Manchester City tidak akan membawa Messi ke Etihad.

“Kami membelanjakan wang untuk Jack Grealish – dan membayar £100 juta dan itu adalah £60 juta kenaikan dalam nilai perpindahan kali ini,” kata Guardiola yang menganggap nilai Grealish sudah meningkat daripada £40 juta kepada £100 juta.

“Grealish akan memakai nombor 10, kerana kami yakin dengan Grealish dan yakin Leo akan terus kekal dengan Barca. Dan sebab itulah [sekarang] Messi tidak ada dalam fikiran kami.”

Sebagai peminat seta Barcelona, Pep Guardiola memberikan penghormatan kepada legenda sepanjang zaman Barcelona itu.

“Itu mengejutkan saya dan semua orang.”

“Namun presiden [Laporta] sangat jelas dengan alasan beliau terpaksa mengambil keputusan itu. Saya tidak bercakap dengan presiden atau pemain itu sendiri, jadi saya tak tahu apa yang berlaku.”

“Tetapi, apabila kamu hilang terlalu banyak duit kamu, maka keputusan drastik harus diambil. Tetapi sebagai penyokong kelab saya, saya pastinya mahu beliau mengakhiri kariernya di sana.”

“Sebagai penyokong saya ingin menyampaikan rasa terima kasih tak terhingga kepada pemain paling luar biasa yang pernah saya lihat dalam hidup saya.”

“Membantu Barcelona memenangi banyak trofi, membantu saya menang, sebelum pergi ke Bayern kemudian City.”

“Melihat apa yang beliau boleh buat dengan bola, bersama rakan rakan dia dalam bola sepak. Hari demi hari, dan perlawanan demi perlawanan, ianya sesuatu yang unik.”

“Apa yang dapat saya katakan hanyalah terima kasih banyak banyak kerana menaikkan Barcelona ke satu tahap lagi, untuk membolehkan Barcelona menguasai dunia untuk sedekad bersama dengan dia dan rakan rakannya.”

https://twitter.com/new_sparkk/status/1423645355883724811

“Saya doakan yang terbaik untuk baki kariernya. Sumbangannya membantu kelab mencapai satu lagi tahap baharu.”

Bercakap tentang Harry Kane, Guardiola menyatakan situasi tersbut terpulang kepada Spurs. Kerana beliau antara pengurus yang mahukan Kane.

“Kane sekarang pemain Tottenham Hotspur. Jika Tottenham enggan berunding untuk menjualnya, maka itu sudah berakhir.”

1622354022_pep-guardiola

“Jika merka sedia untuk berunding, bukan Man City sahaja yang mahukan Kane, semua kelab besar mahu mendapatkan beliau.”

“Situasi Kane berbeza dengan Jack. Di mana Jack ada klausa pelepasan.”

“Harry Kane penyerang luar biasa dan sangat hebat, tiada keraguan lagi.”

“Kami berminat, tetapi beliau adalah pemain Tottenham. Jika mereka tak nak menjulanya, mereka tak akan melakukannya. Jika mereka mahu menjualnya, kami boleh cuba mendapatkannya.”

Baca juga artikel

Laporta: Leo Sedih Dan Mahu Kekal, Namun Itu Akan Membuatkan Kelab Menanggung Risiko 50 Tahun

Real Kritik La Liga ‘Sign’ Perjanjian Membuta Tuli, Sebaik Sahaja Pengumuman Messi Oleh Barcelona

Barcelona Singkir Moriba Daripada Skuad B Kerana Enggan Lanjutkan Kontrak