Pep Guardiola benar benar mengejutkan ramai apabila meminta digelar seorang yang gagal dalam UCL kerana Julia Roberts tetap pergi ke Manchester United.

Guardiola malah menyatakan, walaupun dia membawa 3 kejuaraan UCL berturut turut sekalipun ke Etihad, dia tetap dikira gagal jika dia masih gagal menawan hati idolanya zaman remaja, Julia Roberts datang menyaksikan Manchester City.

Guardiola turut mendedahkan bahawa dalam hidupnya, dia ada 3 idola iaitu Tiger Woods, Michael Jordan dan Julia Roberts.

Tidak pasti kenapa Guardiola menyebut tentang Julia Robert. Kerana kali terakhir bintang Hollywood itu berkunjung ke Old Trafford adalah pada 2016. Ketika itu dia dan suaminya menyaksikan Man United menentang West Ham. Aksi malam itu berakhir seri 1-1.

Namun pada akhir musim, Jose Mourinho membantu Red Devils memenangi Liga Europa dan Piala EFL.

Julia Roberts memang sudah lama dikenali sebagai penyokong tegar Manchester United.

Guardiola berkata: “Saya seorang yang gagal dalam Liga Juara Juara Eropah [sambil menggeleng gelengkan kepalanya].”

“Dengar sini, saya akan menjelaskan kepada kamu satu rahsia.”

“Walaupun saya menang 3 UCL berturut turut sekalipun, saya masih dikira gagal.”

“Saya ada 3 idola dalam hidup saya. Michael Jordan, Tiger Woods dan Julia Roberts.”

“Beberapa tahun lalu, Julia Roberts datang ke Manchester, ketika kami menjadi pasukan lebih baik daripada Manchester United.”

“Dan dia telah melawat Manchester United. Dia tak datang menjenguk kami langsung.”

“Walaupun saya menang 3 UCL berturut turut, ianya masih tidak dapat dibandingkan dengan hakikat bahawa Julia Roberts tak sudi menjenguk kita.”

Dalam aksi berdepan dengan Leipzig, Manchester City menang 7-0 di Etihad. Dengan Erling Haaland mengganas menjaringkan 5 gol dalam perlawanan tersebut.

Manchester City benar benar dominan dalam perlawana  tersebut walaupun terikat 1-1 dalam aksi pertama.

Manchester City berjaya melayakkan diri ke suku akhir UCL dalam usaha mereka memburu kejuaraan UCL pertama dalam sejarah kelab itu, terutama sekali pada era pemilikan Pak Arab dan juga diuruskan oleh Guardiola.

Adakah akhirnya Man City akan menamatkan kemarau penantian panjang UCL pada musim ini?