Bekas bintang Perancis, Sidney Govou berpendapat Karim Benzema penyerang yang lebih lengkap berbanding dengan Thierry Henry.

Govou juga berpandangan bahawa Benzema adalah pemimpin sejati berbanding dengan Henry.

Benzema menikmati musim cemerlang musim ini. Menjaringkan 21 gol dalam La Liga untuk membantu Real Madrid menjuarai La Liga ke-34.

Namun Benzema gagal untuk memenangi Pichichi Trophy, yang sekali lagi menjadi milik Lionel Messi, tetapi musim ini adalah musim Benzema yang akan diingati peminat.

Govou kagum dengan gaya permainan Benzema yang serba boleh dan lebih baik daripada Henry dari segi versatiliti.

Bercakap kepada L’Equipe, Govou berkata: “Saya rasa Benzema cuku besar untuk berada sebaris dengan nama Thierry.”

“Thierry membuatkan saya takjub. Kerana dia bukan sahaja pemain yang laju.”

“Tetapi Karim adalah pemain yang lebih lengkap. Karim adalah pemain yang sentiasa berkelas dunia. Jika kamu sukakan bola sepak, mustahil untuk kamu tak suka dia.”

Ianya pandangan yang membuatkan ramai pihak berdebat tentangnya. Dengan mengambil kira Thierry Henry merupakan pemain penting dalam era ‘Invincibles’ – 2003/2004.Image Credit: PA

Namun Govou menegaskan bahawa, Benzema membuktikan dirinya sebagai pemimpin sebenar apabila musim ini bersama sama dengan Ramos membantu Los Blancos menjuarai liga.

Ditanya tentang kejuaraan liga oleh Real Madrid dan Benzema, Govou menegaskan ia bukan benda yang mengejutkan beliau sama sekali.

“Saya tak terkejut langsung. Saya sentiasa percaya dia salah seorang penyerang yang terbaik di Eropah.”

“Beliau ada permulaan sukar di Real Madrid kerana dia perlu menang. Namun beliau berjaya menikmati musim dengan dimensi yang luar biasa dalam beberapa musim kebelakangan ini.”

“Dan sedikit dibantu oleh pemergian [Cristiano] Ronaldo. Beliau ada tanggungjawab baharu, dan dia seorang pemimpin sebenar.”

Kehebatan Benzema musim ini membuatkan Presiden Real Madrid, Florentino Perez mahu pemain itu diberikan Ballon d’Or. Namun malangnya selepas itu Ballon d’Or diumumkan dibatalkan untuk tahun ini.

Baca juga perkembangan lain

Pep Anggap EPL Bertuah Bakal Miliki Marcelo Bielsa

TERKINI: Kai Havertz Hampir Pasti Milik Chelsea

3 Kesilapan Individu Musnah Impian Final United