Skuad Malaysia U19 dibawah bimbingan Brad Maloney berjaya menumpaskan pasukan Thailand U19 dengan keputusan 1-0 sebentar tadi dan seterusnya mengesahkan tempat ke pusingan akhir AFC U19 2020 di Uzbekistan.

Gol tunggal perlawanan tersebut disumbat oleh Umar Hakeem pada minit ke 84 perlawanan selepas bola hantaran lintang pendek Luqman Hakim disambut oleh Azam Azmi dan seterusnya Umar Hakeem meletakkan bola kedalam gol dengan gaya persis Zlatan Ibrahimovic.

Kemenangan keatas Thailand ini juga membolehkan skuad Malaysia U19 memungut 12 mata penuh dari 4 perlawanan dan layak ke pusingan akhir tahun hadapan selaku juara kumpulan G.

Manakala bagi pasukan Thailand U19 pula, tumpas 2 perlawanan berturut kepada Kemboja dan Malaysia telah menyingkirkan mereka dalam perebutan tempat ke kejohanan AFC U19 2020 apabila kekal ditempat ke-3 kumpulan G berdasarkan ‘head-to-head‘ dengan pasukan Kemboja.

Pasukan Kemboja pula akan turun beraksi malam ini bertemu dengan pasukan Brunei U19 malam ini untuk cuba muncul sebagai salah satu pasukan naib juara terbaik bagi melayakkan diri ke pusingan akhir AFC U19 2020.

‘Pusingan U’ oleh Suphanat Mueanta untuk kembali menyertai pasukan Thailand U19 gagal membantu pasukannya mengatasi Malaysia U19 seterusnya tersingkir.

Baca juga artikel berkenaan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Berdepan Risiko Gagal Layak Ke AFC U19 2020, Thailand Panggil Semula Suphanat Mueanta Bertemu Malaysia

Thailand U19 Belasah Skuad Kepulauan Mariana Utara 21 Gol Tanpa Balas, Suphanat Mueanta Ledak 5 Gol

Kelayakan AFC B-19: Aiman Afif Bantu Malaysia Catat Kemenangan Besar Ke Atas Kepulauan Mariana Utara

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group