Perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-17 telah berlangsung pada Selasa dan Rabu lalu dimana Johor Darul Ta’zim kekal mendahului carta Liga selepas mencatat kemenangan ke atas Selangor. Pahang pula berada di tangga kedua manakala Kedah melonjak ke tangga ketiga.

Di sini kami senaraikan 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-17.

1. Khyril Muhymeen

Khyril berjaya menjaringkan gol pertama beliau bersama Selangor menerusi satu sepakan percuma menarik. Namun, gol yang dijaringkan nyata tidak cukup untuk membantu Selangor mencatat tiga mata di Larkin.

2. Gonzalo Cabrera

Jaringan dari luar kawasan penalti oleh Cabrera memastikan JDT terus menghuni tangga teratas dengan kelebihan 13 mata di hadapan pasukan Pahang.

3. Mohammad Fayadh

Gol yang dijaringkan oleh pemain muda ini menjadi titik kebangkitan pasukan Kedah ketika menewaskan PKNS FC di Shah Alam.

4. Kpah Sherman

Gol kedua peribadi Kpah ketika perlawanan menentang Kedah nyata tidak cukup bagi mengelakkan The Red Ants mengelak daripada mengalami kekalahan kedua berturut-turut.

5. Ronaldo Enrique

Tandukan Ronaldo pada separuh masa pertama berjaya membantu pasukan Perak untuk mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Super.

Itulah dia 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super 2019 minggu k-17. Liga akan bersambung pada minggu hadapan bagi memberi peluang kepada perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2019 pada hujung minggu ini.