Enam perlawanan Liga Super 2019 minggu ke-10 telah berlansung pada hujung minggu lalu dimana tidak banyak perubahan yang berlaku di kelompok atasan Liga. JDT masih menduduki tangga teratas diikuti dengan pasukan Pahang yang menduduki tangga kedua. Selangor dan Kedah mengekori rapat kedua-dua pasukan dengan berada di tangga ke-3 dan ke-4.

Di sini, kami senaraikan gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan Liga Super minggu yang ke-10.

1. Afiq Fazail

Jaringan ketika menentang pasukan PKNS FC Sabtu lalu merupakan gol pertama Afiq Fazail dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

2. Fazrul Hazli

Rembatan Fazrul dari jarak jauh pada lewat separuh masa kedua nyata tidak cukup untuk membantu PKNP FC mengelak kekalahan di Stadium Shah Alam.

3. Gabriel Guerra

Perlawanan Liga Super minggu ke-10 diwarnai dengan satu lagi rembatan dari jarak jauh yang dijaringkan oleh Guerra. Namun jaringan tersebut gagal untuk membantu PKNS daripada mengelak kekalahan di Larkin.

4. Safawi Rasid

Rembatan volley Safawi pada penghujung perlawanan memastikan JDT kekal menghuni tangga teratas Liga Super.

5. Kipre Tchetche

Kipre Tchetche berjaya mengekalkan rentak jaringan dimana beliau mencetak dua gol pada perlawanan menentang Felda United.

Itulah dia 5 gol terbaik yang dijaringkan pada perlawanan minggu ke-10 Liga Super 2019.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group