Saingan Liga Malaysia kembali menjadi sorotan dimana gol yang dijaringkan oleh pemain import PKNP FC, Yashir Pinto pada perlawanan suku akhir pertama saingan Piala Malaysia 2019 menentang Kedah semalam menarik perhatian media antarabangsa.

Yashir menjaringkan gol ‘Rabona’ pada separuh masa pertama dimana beliau menyempurnakan hantaran daripada pemain skuad B-18 tahun negara, Mukhairi Ajmal.

Gol tersebut nyata berjaya menarik perhatian media antarabangsa antaranya COPA90 dimana media terkemuka itu telah memuat naik video jaringan Yashir di laman media sosial Twitter milik mereka.

Selain COPA90, pengguna Twitter yang sentiasa membawa perkembangan pemain Palestine yang beraksi di luar negara, @FutbolPalestine turut memberikan reaksi terhadap jaringan Yashir.

Meskipun berjaya mencipta jaringan yang menarik, namun Yashir gagal membantu pasukannya untuk meraih keputusan positif dimana PKNP FC tewas dengan keputusan 2-1. Penyerang import Kedah, Fernando Rodriguez dan pemain tengah, David Rowley masing-masing menjaringkan satu gol pada separuh masa kedua bagi memberikan kelebihan jaringan di tempat lawan untuk juara Piala FA 2019 itu.

Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung pada Ahad ini di Stadium Darul Aman.

Anda boleh membaca artikel lain mengenai pasukan PKNP FC dan Kedah yang telah kami tulis sebelumnya di sini:

Piala Malaysia: Mukhairi Ajmal Berpeluang Berada Dalam Kesebelasan Utama PKNP FC

Tersingkir Ke Liga Premier 2020, Zainol Fadzi Letak Jawatan Sebagai Presiden PKNP FC

Cardiff City Ucap Tahniah Kepada Kedah

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group