Pemain tengah Vissel Kobe dari Sepanyol, Andreas Iniesta menjaringkan gol pertamanya dalam kancah J1 League ketika bertemu Jubilo Iwata pada perlawanan ke 21 sebentar tadi.

Andreas Iniesta memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke 15 apabila berjaya menyambut hantaran Lukas Podolski dalam kotak penalti sambil membuat aksi ‘putaran 180º’ menewaskan kapten Jubilo Iwata, Kentaro Ohi sebelum memperdayakan penjaga gol untuk menjaringkan gol pertama.

Vissel Kobe selepas itu pada minit ke 56 terus menjarakkan jurang apabila Kyogo Furuhashi menjaringkan gol kedua sebelum Jubilo Iwata cuba merapatkan kedudukan kepada 2-1 hasil jaringan Kengo Iwata.

Kemenangan ini mejadikan Vissel Kobe menghuni tangga ke 4 J1 League 2018 dengan pungutan 32 mata selepas 21 perlawanan, 16 mata ketinggalan kepada pendahulu liga Sanfrecce Hiroshima.

Gol Andreas Iniesta itu, terus menjadi bualan semua peminat bola sepak Jepun yang majoritinya memang menantikan aksi berkelas dunia dari seorang bekas pemain Barelona itu.