Sepak mula Liga Perdana Inggeris minggu ini telah menampilkan banyak sekali drama.

Manchester United menewaskan Brighton 3-2 hasil penalti yang dijaringkan pada minit ke-100 … selepas wisel penamat ditiup.

Bruno Fernandes melangkah yakin seperti biasa, dan memastikan tiga mata itu dibawa pulang ke Old Trafford dengan sepakan terakhir permainan.

Ini benar-benar penamat yang luar biasa, memandangkan Brighton telah menyamakan kedudukan pada minit ke-95. Pasukan Graham Potter juga layak mendapat mata berdasarkan aksi cemerlang mereka, tetapi ia dirampas dari mereka.

Setelah pengadil Chris Kavanagh meniupkan wisel terakhir, dia diarahkan oleh VAR untuk melihat yang disyaki terkena tangan Neal Maupay pada saat-saat akhir.

Dan selepas menonton monitor, Kavanagh tanpa ragu ragu memberikan penalti kepada United.

Tetapi peminat Seagulls akan berpendapat bahawa permainan sudah berakhir.

Terdapat banyak perdebatan mengenai keputusan kontroversial untuk memulakan semula permainan setelah wisel penamat, tetapi Kavanagh memang membuat keputusan yang tepat. Inilah sebabnya.

Menurut GOAL, Man Utd diberikan penalti kerana insiden bola terkena tangan berlaku sebelum pengadil meniup wisel sepenuh masa, yang membolehkan VAR memeriksa kejadian tersebut.

Permainan dibenarkan untuk disambung semula setelah pemeriksaan VAR – bagi menyempurnakan penalti yang berhak diberikan kepada United, walaupun wisel untuk menandakan berakhirnya permainan.

Menurut Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), tidak ada sekatan masa untuk meninjau insiden VAR.

“Tidak ada batasan waktu untuk proses melihat semula insiden kerana ketepatan lebih penting daripada kecepatan,” kata peraturan tersebut.

“Proses semakan harus diselesaikan secepat mungkin, tetapi ketepatan keputusan akhir lebih penting daripada kepantasan keputusan dibuat.”

Pengadil berhak menghadiahkan sepakan penalti walaupun wisel penamat sudah dibunyikan. Kerana insiden itu masih dalam perlawanan.

“Pengadil kemudian akan membuat keputusan / mengubah / membatalkan tindakan disiplin [jika perlu] dan memulakan kembali permainan sesuai dengan Undang-Undang Permainan.”

690 (10)

Oleh itu,  Man United diberikan penalti dengan betul selepas wisel penamat pada hari Sabtu.

Cuma insiden ini tetap unik, kerana selepas wisel penamat, United tetap mampu untuk menang kerana adanya penalti.

https://twitter.com/i/status/1309848245888319489

Selamat datang ke dunia bola sepak moden yang dipenuhi teknolgi.

Sumber: GMS

Baca juga perkembangan lain

Morata Pulang Kerana Nak Tolong Juventus Julang UCL

EPL: Chelsea Berkeringat Kejar 3 Gol, Tammy Abraham Tuntut Kredit Daripada Peminat

EPL: Penalti Minit Ke-100 (Selepas Wisel Penamat) Fernandes Hadiahkan Kemenangan Pertama United