Pasukan Malaysia B16 bimbingan ketua jurulatih P. Maniam berjaya mengikat juara bertahan Jepun dengan keputusan 2-2 dalam perlawanan ke-3 peringkat kumpulan sebentar tadi.

Malaysia B16 hampir menundukkan skuad bimbingan Yoshiro Moriyama selepas berjaya mendahului Jepun B16 2-1 namun gol pada minit-minit akhir masa tambahan separuh masa kedua menggagalkan hasrat Malaysia B16 untuk menutip 6 mata dari 3 perlawanan.

Insiden Kad Merah Penjaga Gol Malaysia B16

Malaysia ketinggalan 0-1 apabila pasukan Jepun dihadiahkan sepakan penalti apabila penjaga gol Malaysia, Zulhilmi Sharani dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Sagan Tosu U15, Yoshiki Narahara pada minit ke 60.

Rui Osako, pemain pasukan Kamimura Gakuen JHS tidak berdepan masalah untuk menjaringkan sepakan penalti untuk memecah kebuntuan pada minit ke 64.

Screenshot 2019-09-22 at 6.01.36 PM

Aksi 10 Pemain Yang Lebih Bertenaga

Beraksi dengan 10 pemain, tidak tahu dari mana datangnya tonik dan tenaga yang menjadikan permainan Malaysia B16 lebih bersemangat berbanding 60 minit pertama permainan.

8 minit berselang dari gol pertama Jepun B16, Malaysia B16 memperolehi sepakan penalti apabila Khairil Mohd Zin dijatuhkan dalam kawasan penalti oleh Sakai Junya, pemain kelab Sorriso Kumamoto pada minit ke 72.

Daniel Edzuan terus menyumbat bola kedalam gol Jepun B16 pada minit ke 73 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Screenshot 2019-09-22 at 6.17.05 PM

Tidak sampai 10 minit selepas itu, Malaysia B16 berjaya mendahului Jepun B16 dengan kedudukan 2-1, selepas sepakan penjuru dari sebelah kiri gol Jepun B16 berjaya ditanduk padu oleh Daniel Edzuan yang tidak dikawal.

Screenshot 2019-09-22 at 6.25.50 PM

Ketika ini, harapan untuk mengutip 3 mata penuh berdepan juara bertahan semakin hampir menjadi kenyataan dan para peminat sudah mula teruja dengan aksi serta keputusan permainan.

Jepun Rentap 3 Mata Pada Minit Akhir Perlawanan

Skuad Yoshiro Moriyama kelihatan fokus dan tenang mengatur permainan bagi menyamakan kedudukan selepas buat kali pertama ketinggalan kepada pihak lawan.

Minit 85, Yuta Ueda dikeluarkan dan diganti oleh pemain Yokohama FC Youth, Taishin Yamazaki. Kemasukan pemain no.10 ini dibahagian kiri dilihat banyak membantu bahagian pertahanan sambil melakukan beberapa larian dan hantaran lintang berbahaya ketika melakukan serangan.

Screenshot 2019-09-22 at 6.54.01 PM

Gol penyamaan Jepun B16 pada minit ke 95 yang ditanduk masuk oleh Naito Yamato hasil hantaran lintang yang dilakukan oleh Tashin Yamazaki selepas hantaran Souta Kitano berjaya meloloskan Tashin Yamazaki disebelah kanan kawasan penalti Malaysia B16.

Dengan keputusan 2-2 itu, Malaysia kini mengumpul 4 mata dan telah terkeluar dari saingan apabila gagal menempatkan diri dalam 4 pasukan naib juara pasukan terbaik, walaupun perlawanan Laos kalah bertemu Kemboja malam ini.

Artikel lain mengenai pasukan remaja Malaysia untuk dibaca.

Tandukan Nabil Qayyum Pastikan Malaysia Juara AFF B-15

4 Orang Jepun Ini Sedang Giat Membantu Menaikkan Kualiti Bola Sepak Kemboja

Struktur Liga Bawah 15 Tahun Jepun Yang Mungkin Tidak Ramai Tahu Mengenainya