Gol yang dijaringkan oleh pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mauricio Nascimento pada perlawanan menentang Suwon Samsung Bluewings dalam saingan AFC CHmpions League (ACL) 2020 dinobatkan sebagai Allianz ACL Goal of the Week bagi perlawanan minggu kedua.

Perkara ini diumumkan oleh laman media sosial rasmi JDT, Johor Southern Tigers di mana jaringan Mauricio menerima undian sebanyak 93% sekaligus menewaskan dua lagi calon iaitu Trent Buhagiar (2%) dan pemain yang turut menjaringkan gol ketika JDT menentang Suwon, Terry Antonis (5%).

Mauricio menjaringkan gol kemenangan JDT pada separuh masa kedua pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim minggu lalu. Bekas pemain Lazio itu menanduk masuk hantaran daripada Nazmi Faiz Mansor sekaligus menghadiahkan kemenangan pertama bagi JDT dalam saingan ACL musim ini.

JDT sepatutnya turun menentang Guangzhou Evegrande pada perlawanan minggu ketiga namun perlawanan tersebut ditunda ke tarikh lain oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana penularan wabak Coronavirus (Covid-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Jaringan Mauricio Tercalon Bagi Anugerah Gol Mingguan ACL 2020

AFC Club Rankings: JDT Melonjak 16 Tangga, Pintas Muangthong United Untuk Muncul Top 3 ASEAN

Bekas Pemain JDT, Aaron Niguez Sertai Malaga