Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Neymar dalam Piala Dunia edisi 2018 ini lebih banyak menjadi buah mulut para peminat bola sepak kerana aksi ‘meggelupur’ beliau diatas padang kerana kelihatan seperti dibuat-buat.

Namun, disebalik perkara itu kita cuba lihat bagaimana pencapaian yang telah Neymar kecapi sehingga tamat perlawanan pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik.

Statistik Menarik Neymar Untuk Pasukan Brazil

Neymar menurut rekod dari laman sosial Opta menyatakan bahawa, pemain kelab Paris Saint Germain itu telah melakukan 23 percubaan kearah gol lawan dimana 12 daripadanya merupakan percubaan tepat.

Selain melakukan percubaan, Neymar juga banyak mencipta peluang untuk rakan sepasukannya menjaringkan gol dengan 16 kali hantaran.

Lebih menarik, Neymar juga menjadi ‘mangsa’ terjahan pemain pasukan lawan apabila menerima 23 kali kekasaran sepanjang 4 perlawanan pertama.

 

Perlukan Masa Singkat Untuk Capai 6 Gol Piala Dunia Berbanding Messi Dan Ronaldo

Sehingga perlawanan kalah mati bertemu Mexico semalam, Neymar sudah menjaringkan 6 gol di pentas Piala Dunia dari 38 percubaan yang dilakukan.

Lionel Messi memerlukan 67 percubaan manakala Cristiano Ronaldo pula perlu membuat 74 percubaan untuk mencatat angka gol yang sama di Piala Dunia.

 

0.64 Gol Ratio Di Peringkat Antarabangsa Pada Usia 26 Tahun

Neymar yang kini berusia 26 tahun, telah membuat 89 penampilan untuk pasukan kebangsaan Brazil.

Dari jumlah penampilan itu, 57 gol telah dijaringkan oleh Neymar, menjadikan ratio gol beliau untuk skuad kebangsaan Brazil adalah 0.64 .

 

Neymar Ledak Gol Ke 227 Brazil Di Piala Dunia

Gol pertama Brazil ketika bertemu Mexico dijaringkan oleh Neymar semalam, merupakan gol ke 227 Brazil dipentas Piala Dunia.

Mengikut rekod, gol pertama Brazil dalam edisi pertama Piala Dunia di Uruguay dijaringkan oleh João Coelho Neto atau lebih dikenali dengan nama Preguinho, ketika Brazil tewas ditangan Paraguay 1-2.

 

Gary Lineker: Neymar Mempunyai Daya Tahan Sakit Paling Lemah

Bekas pemain England, Gary Lineker melalui laman sosial Twitter memberitahu bahawa Neymar mempunyai daya tahan sakit paling lemah berbanding mana-mana pemain yang sedang beraksi di Piala Dunia Russia 2018.

Selain turut disertakan dengan data sokongan sejak Opta mula menganalisis data pemain dan perlawanan sejak 1966.