Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Gol kemenangan jaringan pemain Malaysia, Junior Eldstal sudah cukup untuk membantu pasukannya Chonburi membenam cabaran Buriram United 2-1 dalam perlawanan separuh akhir kejohanan Thai FA Cup 2021.

Jaringan yang dilakukan oleh Junior Eldstal itu berpunca dari satu sepakan bebas dari luar kawasan penalti yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Buriram United, dan seterusnya disambar dengan tenang oleh beliau untuk meletakkan bola kedalam gol.

Saksikan gol jaringan Junior Eldstal ketika menumbangkan Buriram United 2-1 semalam.

ไฮไลท์ประตู Chang FA Cup 2020 รอบรองชนะเลิศชลบุรี เอฟซี 2-1 บุรีรัมย์ ยูไนเต็ด( จูเนียร์ เอลด์สตอล นาทีที่ 59 ).🦈…

Posted by Chonburi Football Club on Wednesday, April 7, 2021

Keputusan itu bermakna Chonburi layak ke perlawanan akhir Thai FA Cup 2021, dimana Chiangrai United menanti untuk mencabar kejuaraan, selepas mereka terlepas peluang untuk mencatatkan kejuaraan hatrik musim 2019.

Juara Thai FA Cup itu nanti juga akan menerima 1 slot ke peringkat kumpulan saingan AFC Champions League musim 2022 dan ini peluang besar terhidang untuk Junior Eldstal dan pasukannya.

photo_2021-04-08_09-21-04

Apa yang lebih menarik adalah prestasi mantap yang dipamerkan oleh Junior Eldstal dalam saingan bola sepak di Thailand bakal memastikan kem skuad kebangsaan Malaysia memiliki lebih pemain yang berada pada prestasi terbaik dalam misi mengejar slot automatik ke Piala Asia 2023 bulan Jun nanti.

Adakah Junior Eldstal bakal menjadi pemain ke-3 dari Malaysia yang memiliki medal kejuaraan dalam bola sepak Thailand selepas Norshahrul Idlan Talaha dan Nick Swirad melakukannya, sama-sama kita nantikan.

Dollah Salleh:”Dengan 1 Gol Mereka Fikir Macam Dah Cukup, Mahu Striker Baharu Kalau Boleh Tukar.”

Luqman Hakim: “Saya Minat Merantau, Suka Pergi Tempat Orang. Ambil Masa 5 Bulan Untuk Menyesuaikan Diri.”

Nick Swirad Jaringkan 1 Gol, Nongbua Pitchaya Sah Juara Saingan Thai League 2 Musim 2020/2021

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group