Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan mereka telah menghantar jaringan jarak jauh pemain Negeri Sembilan, Sean Selvaraj untuk pencalonan ke Anugerah Puskas FIFA 2022.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Sean menjaringkan gol ketiga Negeri Sembilan pada minit ke-88 ketika perlawanan Liga Super menentang Selangor pada 31 Julai 2022 untuk memberikan tiga mata kepada pasukannya sekaligus melengkapkan comeback setelah ketinggalan dua gol pada rehat separuh masa pertama.

“Jawatankuasa mengesahkan untuk gol yang dihasilkan pemain Negeri Sembilan FC, Sean Eugene Selvaraj ketika perlawanan Liga Super 2022 menentang Selangor FC pada 31 Julai 2022 dihantar secara rasmi cadangan pencalonannya ke FIFA untuk Anugerah Puskas FIFA 2022,” kata kenyataan rasmi Timbalan Presiden FAM, Dato S. Sivasundram.

Jaringan tersebut turut menarik perhatian media antarabangsa dan menjadi bualan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Rata-rata menyifatkan ini adalah jaringan yang luar biasa kerana bukan mudah untuk melakukannya dalam jarak 30 meter.

Sebelum ini, Malaysia pernah mencipta sejarah apabila jaringan pemain Penang, Faiz Subri menerusi sepakan percuma ketika menentang Pahang diangkat sebagai pemenang Anugerah Puskas 2016.

Ianya bukan mustahil jika nama Malaysia sekali lagi menjadi sebutan dunia jika FIFA mengumumkan gol Sean Selvaraj sebagai pemenang Anugerah Puskas 2022.

Jika gol Sean Selavaraj ini memenuhi syarat sah PUSKAS maka gol ini layak untuk dicalonkan. Kebiasaannya, jaringan tercantik yang memasuki calon 10 terbaik akan diundi oleh peminat bola sepak dari seluruh dunia sebelum 3 terbaik disenarai pendek untuk mencari pemenangnya. Mengundi adalah kepakaran rakyat Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

RASMI: Selangor Umum Nidzam Jamil Sebagai Ketua Jurulatih Sementara

Piala FA 2022: Rahadiazli Bawa Terengganu Mara Ke Final Jumpa JDT

Piala FA 2022: JDT Mara Ke Final Selepas ‘Tibai’ Penang 6-1

Liga Super 2022: Amri Yahyah Wira Kebangkitan Sabah Atasi Melaka