Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Aksi pembukaan saingan Piala Malaysia yang telah memasuki edisi ke-100 tahun nyata penuh dengan kejutan apabila pada aksi kumpulan D antara Sabah menentang Petaling Jaya City semalam, pemain import Sabah iaitu Park Tae-su telah menjaringkan gol dari jarak 40 meter.

Tae-su menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak 40 meter pada separuh masa pertama sekaligus menjadi gol pertama Sabah dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Jaringan itu lantas mendapat perhatian antarabangsa dimana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memuat naik semula video gol tersebut di laman media sosial Twitter rasmi badan berkenaan.

Satu lagi laman terkenal iaitu Bleacher Report Football turut mengambil langkah sama menerusi laman media sosial rasmi Twitter mereka dengan memuji jaringan yang dihasilkan oleh Park Tae-su.

Sebelum ini, Liga Malaysia juga pernah mendapat perhatian dunia apabila laman 433 memuat naik corak permainan Tiki Taka yang ditampilkan oleh Penang ketika mereka muncul juara Liga Premier musim lalu.

Jaringan Tae-su dilihat berpotensi untuk dicalonkan bagi Anugerak Puskas kerana mempunyai kelebihan serta tahap kesukaran uang tersendiri.

Pada 2016, Faiz Subri berjaya memenangi Anugerah Puskas setelah menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dengan lenconhan yang cukup baik ketika aksi Liga Super antara Penang menentang Sri Pahang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Atasi Penang, Elavarasan Anggap Perjalanan Sarawak United Masih Jauh

Penyerang Tempatan Menyinar Di Liga Premier, Dipandang Rendah Kerana Beraksi Di Divisyen Dua?

Penjaring Terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia Sertai Kelab Divisyen 3 Sepanyol

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group