Giroud berjaya menjaringkan dua gol dalam kemenangan persahabatan Perancis 3-0 ke atas Bulgaria – dalam aksi pemanas badan menjelang Euro 2020.

Namun selepas tamat perlawanan Giroud dikatakan dengan terbuka mengkritik Kylian Mbappe yang dikatakan tidak mahu menghantar bola kepadanya.

“Orang mengatakan saya tidak pandai bersembunyi [cakap lepas], tetapi itu kerana kadang-kadang saya berlari dan meminta bola namun bola tidak diberikan kepada saya.”

“Saya cuba mewujudkan semua kemungkinan kepada rakan sepasukan saya dan mencari jalan keluar untuk memberikan penyelesaian kepada pasukan.”

“Dengan dua bantuan yang baik sekali dari Ben Yedder dan Pavard saya dapat menyudahkan  permainan dengan baik.”

“Tetapi kami pasti dapat menjaringkan lebih banyak gol sekiranya kami lebih cekap. Saya gembira dapat membantu pasukan, saya bukannya ‘koyak’ [bitter],” kata penyerang Chelsea itu.

Mbappe dilaporkan tidak gembira dengan komen tersebut yang disifatkannya sebagai ditujukan secara spesifik kepadanya.

Lalu, laman GFFN menyatakan Mbappe mahu mengadakan sidang media untuk mempertahankan dirinya.

Pengurus Perancis, Deschamps juga terpanggil untuk menyelesaikan isu berkaitan keluhan Giroud selepas perlawanan itu. Dia mengakui keluhan Giroud itu ada benarnya.

“Mungkin apa yang cuba dikatakan oleh Giroud adalah benar.”

“Dalam beberapa keadaan, hantaran tidak sampai. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan Kylian atau orang lain.”

Namun Deschamps turut menyatakan bahawa kesemua penyerangnya harus bijak mengubah gaya permainan sesuai dengan gaya permainan rakan rakan lain.

“Oliver tidak mempunyai profil [permainan] yang sama dengan Mbappé. Dia mempunyai kedudukan posisi yang lebih fokal [statik] dan pada babak pertama dengan Benzema tiga serangkai di hadapan dapat menukar posisi dan menukar zon.”

“Terserah kepada pemain untuk menentukannya.”

Peminat peminat Perancis ternyata tidak selesa dengan perbalahan dalam kem Perancis ini dan diharap ianya dapat diselesaikan dengan segera.

Baca juga artikel

Bielsa Buat Kejutan, Latih Pelajar Akademi B-11 Bermain ‘Murderball’, DNA Taktikal Leeds Yang Intensif

Messi Beli Hotel Mewah Di Andorra, Petanda Dia Akan Terus Kekal?

Peminat Norwich Kecam Rakan Kongsi Kelab Syarikat Judi Dengan Iklan Melucah