Penyerang Chelsea Olivier Giroud mengatakan bahawa Liverpool memang layak menjadi juara Liga Perdana Inggeris.

Ini kerana menurut beliau, Liverpool ternyata pasukan terbaik pada musim ini. Giroud memuji pasukan Liverpool yang ternyata sukar digugat musim ini.

Pada satu ketika skuad bimbingan Jurgen Klopp berada 25 mata di atas pasukan di tangga kedua.

Namun itu bukan alasan untuk Chelsea terlalu menghormati lawan mereka dalam aksi awal pagi esok.

Giroud malah menyatakan beliau sudah tak sabar mahu merosakkan pesta keraian Liverpool di Anfield – sekaligus membantu Chelsea melayakkan diri ke UCL.

Bercakap kepada wartawan, Giroud berkata: “Aksi antara Chelsea dan Liverpool pastinya sengit dan menarik.”

“Namun saya yakin Chelsea akan mampu memenangi perlawanan ini.”

Liverpool masih tak kalah lagi di Anfield musim ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan hanya seri sekali sahaja di kubu kuat mereka itu.

“Selepas aksi ini, Liverpool akan mengangkat trofi. Mereka layak menjadi juara kerana memberikan persembahan yang terbaik musim ini.”

“Lihat sahaja kedudukan liga, gila bukan? Namun saya yakin kami akan menewaskan Liverpool dalam perlawanan ini.”

“Momentum kami ketika ini sangat bagus, dan saya yakin kami akan mengekalkan prestasi ini.”

Liverpool akan diserahkan trofi kejuaraan EPL dalam aksi terakhir mereka di Anfield musim ini.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Arsenal Tewas Dengan Sifar ‘On Target’, Villa Naik Ke Zon Selamat

Pep Anggap EPL Bertuah Bakal Miliki Marcelo Bielsa

Messi: Tak Payah Cari Salah Orang Lain, Real Madrid Memang Berhak Juara