Skuad bola sepak wanita Vietnam hari ini lakar sejarah apabila layak ke Piala Dunia 2023 selepas menewaskan Chinese Taipei, 2-1 di peringkat play-off. Mereka akan menemani Filipina sebagai wakil Asia Tenggara buat kali pertama.

Vietnam yang berada di ranking FIFA 32 dunia bermain dengan cukup bersemangat dan terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan menerusi Chuong Thi Kieu pada minit ke 7. Namun begitu, Chinese Taipei tidak mudah menyerah kalah dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 50 hasil rembatan Su Yu-hsuan.

6 minit kemudian, Nguyen Thi Bich Thuy kembali meletakkan Vietnam di depan selepas melakukan rembatan kencang sehingga mudah menewaskan penjaga gol Chinese Taipei. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan kemaraan Vietnam ke Piala Dunia 2023.

Dalam saingan Piala Asia Wanita 2022, 4 pasukan yang mara ke separuh akhir telah pun mendapat tiket automatik ke Piala Dunia 2023 di New Zealand dan Australia. Selain Filipina dan Vietnam, tiga lagi pasukan yang mengesahkan tempat ke Piala Dunia Wanita ialah Korea Selatan, Jepun dan China.

Vietnam layak ke Piala Dunia Wanita secara merit menerusi format repechage dimana 3 pasukan yang tersingkir di peringkat suku akhir Piala Asia Wanita 2022 akan bersaing merebut slot kelima.

Sebelum menewaskan Chinese Taipei, Vietnam juga mengejutkan Thailand, 2-0 pada 2 Februari lalu sekaligus muncul sebagai pemenang saingan play-off hasil daripada 2 kemenangan.

Bagimanapun, Thailand dan Chinese Taipei masih berpeluang menempah tiket ke Piala Dunia 2023 menerusi saingan play-off antara benua untuk merebut 3 lagi slot akhir. Perlawanan ini akan diadakan pada bulan Februari tahun depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Skuad Bola Sepak Wanita Filipina Lakar Sejarah Layak Ke Piala Dunia 2023

Kelab Liga Perdana Singapura Bakal Nikmati Lebih Banyak Perlawanan

Sasalak Haiprakhon Kembali Ke Buriam United

Witan Sulaeman Sertai FK Senica, Bakal Beraksi Bersama Egy Maulana Vikri

Ikhsan Fandi Jaringkan Dua Gol, Bantu BG Pathum Tewaskan Songkhla FC

Kurniawan Berkelana Ke Itali, Jadi Penolong Jurulatih Kelab Serie B