Presiden Federasi Bola Sepak Dunia (FIFA), Gianni Infantino disahkan positif wabak COVID-19 menurut kenyataan rasmi semalam.

Infantino dilaporkan telah mengalami beberapa simptom ringan dan kini dikuarantin selama 10 hari. Mereka yang didapati mempunyai kontak rapat dengan beliau turut diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19.

“Presiden FIFA, Gianni Infantino telah menerima pengesahan hari ini (semalam) bahawa beliau didapati positif COVID-19. Beliau akan menjalani proses pengasingan diri dan kekal dalam tempoh kuarantin selama 10 hari.

“Mereka yang mempunyai kontak rapat dengan Presiden dalam beberapa hari lepas telah dimaklumkan segera dan dikehendaki mengambil beberapa langkah yang seterusnya,” kata badan induk bola sepak dunia itu dalam satu kenyataan.

Baca artikel lain mengenai penularan wabak COVID-19 yang dijangkiti oleh beberapa pemain bola sepak.

Lagenda Brazil, Ronaldinho Disahkan Positif COVID-19

TERKINI: Cristiano Ronaldo Positif Covid-19, Camavinga Nampaknya Kena Cuci Juga Jersi CR7

Ibrahimovic: “Berani Betul Covid Ni Mencabar Aku”