Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) secara rasmi mengumumkan penangguhan semua perlawanan Liga Indonesia (Liga 1 dan Liga 2) selama dua minggu mulai hari ini berikutan penularan wabak coronavirus (COVID-19) yang semakin meningkat.

Semalam juga merupakan perlawanan terakhir saingan liga tersebut dan perlawanan Liga 2 diantara Persewar Waropen menentang Putra Sinar Giri FC pada hari ini dibatalkan.

Malah, mereka turut membatalkan sesi latihan pusat skuad timnas Indonesia yang sepatutnya diadakan pada minggu depan.

“Kita tentukan minimum dua minggu perlawanan dihenti sambil menantikan perkembangan terkini penularan wabak Coronavirus,” kata Presiden PSSI, Mochaman Iriawan dipetik melalui laman web rasmi.

Semenrtara itu, Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Zainuddin Amali menghargai keputusan yang telah diambil oleh PSSI dan menyifatkan sebagai bukti keseriusan PSSI mematuhi arahan daripada WHO dan Kementerian Kesihatan.

“Itu ertinya kita serius untuk bekerjasama dengan WHO ataupun Kementerian Kesihatan, Ini juga sebagai bukti kerajaan sedang berhubung dengan semua persatuan sukan untuk menangani penyebaran wabak Coronavirus ini,” kata Zainuddin.

Jika penyebaran wabak COVID-19 ini semakin berkurangan, saingan Liga 1 Indonesia dijangka akan kembali bersambung pada 3 April 2020.

Wabak COVID-19 setakat ini telah menjejaskan perjalanan liga di seluruh asia termasuk J-League, K-League, China Super League dan Thai League. Liga Malaysia turut menerima tempiasnya dan telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Baca artikel lain berkaitan dengan penularan wabak coronavirus sehingga menjejaskan aktiviti bola sepak. 

Kelab Liga Super China ‘Sangkut’ Di Sepanyol, Dua Bulan Tidak Pulang Kerana Coronavirus

Pemain Futsal Wanita Iran Meninggal Dunia Akibat Wabak Coronavirus

Beberapa Negara Tolak Jemputan Perlawanan Persahabatan Dengan Malaysia Kerana Coronavirus