Legenda Manchester United, Ryan Giggs berdepan pertuduhan melakukan keganasan domestik ke atas bekas teman wanitanya.

Dalam perbicaraan terbaru, peguam kepada Kate Greville, 36, menyatakan bahawa Giggs telah menghantuk, menyepak belakang, serta menolak keluar Kate Greville dari bilik hotel dalam keadaan wanta itu berbogel.

Giggs dianggap seorang lelaki yang ada sikap terlalu mengokong, memaksa dan mengawal teman wanitanya. Melakukan kesalahan itu sekitar Ogos 2017 sehingga November 2020.

Giggs hadir ke Crown Court Manchester, dan mengaku tidak bersalah. Giggs turut menafikan dia menyerang Greville di rumahnya di Worsley, sehingga mencederakan fizikal wanita itu — pada November 2020.

Giggs menafikan kesemua pertuduhan

Giggs turut mengaku tidak bersalah dalam pertuduhan menyerang adik Kate iaitu Emma Greville dengan memukulnya dalam insiden yang sama.

Butiran tentang sikap Giggs yang telalu mengokong dan memaksa itu dibacakan oleh kerani mahkamah di mana Giggs dikatakan menghalang Kate daripada keluar dengan rakan rakannya pada waktu malam.

Selain itu, Giggs mengancam akan menyebarkan isu berkaitan dengan hubungan seksual mereka kepada rakan dan majikan Kate jika wanita itu ingkar arahannya.

Seterusnya, Giggs juga pernah membuang kesemua barangan Kate dari rumahnya hanya kerana Kate mempersoalkan hubungan Giggs dengan wanita lain. Giggs membuat barang barang Kate dengan membalingnya dari jendela.

Untuk tuduhan menendang dan menerajang belakang Kate, kesalahan itu dilaporkan dilakukan di hotel Stafford di London. Di mana selepas dia menendang belakang Kate, dia menolak Kate keluar dari bilik dalam keadaan wanita itu berbogel.

Giggs dikatakan bengang kerana Kate menuduh Giggs menggatal dengan perempuan lain. Berlaku perbalahan antara mereka yang menyebabkan Giggs bertindak liar.

Giggs kemudiannya telah menghantar beberapa mesej jelek dan membuat panggilan yang tidak menyenangkan kepada Kate serta rakan rakan Kate ketika wanita itu mengajaknya putus.

Kate menyatakan dia sudah tak tahan dengan kelakuan playboy Giggs. Namun Giggs bertindak dengan pergi menyerang rumah rakan rakan Kate, termasuk di tempat kerja dan gym.

Selepas kesemua pertuduhan dibacakan, Giggs menafikan kesemuanya. Dan dia menegaskan sudah tak sabar untuk membersihkan namanya.

Turut berebutkan anjing peliharaan

Sebutan kes tersebut berlangsung 30 minit. Kedua dua mereka akan bertemu di mahkamah sivil sekali lagi dalam kes berasingan melibatkan pertikaian pemilikan haiwan peliharaan mereka.

Sebutan semula kes ini akan dibauat apda 8 Oktober akan datang. Dan perbicaraan kes jenayah serius akan berlangsung pada 24 Januari 2022.

Hakim, Hilary Manley melanjutkan tempoh ikat jamin Giggs dengan syarat, Giggs dilarang sama sekali mengganggu atau menghubungi Kate atau Emma Greville. Atau pergi ke mana mana kediaman mereka.

Akibat kes inilah Giggs terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pengurus Wales sebelum Euro bermula.