Legenda Manchester United Ryan Giggs berhadapan dengan hukuman Penjara, kerana dituduh melakukan kekerasan terhadap dua wanita.

Ryan Giggs dituduh melakukan kekerasan ke atas bekas teman wanitanya Kate Greville. Namun Giggs tidak dipenjara kerana dikeluarkan dengan ikat jamin.

35754664-9504717-Ryan_Giggs_ex_girlfriend_Kate_Greville_was_spotted_walking_on_Su-a-41_1619192596549

Ryan Giggs dijadualkan akan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Manchester dan Salford pada 28 April 2021. Giggs menyatakan bahawa beliau tidak bersalah dan mahu membersihkan namanya.

Giggs berkata: “Saya menghormati sepenuhnya proses perundangan dan faham tentang betapa seriusnya pertuduhan ini.”

Giggs dituduh melakukan serangan ganas yang mencederakan wanita berusia 30 tahun dan berusia 20 tahun di Salford, pada November lalu. Selain daripada menyerang, Giggs juga dituduh bertindak mengugut dan mengawal mangsa.

Polis Greater Mancheser berkata mereka menerima panggilan pada 10:05 malam pada 1 November tentang satu gangguan sebuah alamat terletak di Worsley.

Polis mendedahkan wanita tersebut berusia 30 tahun dirawat kerana kecederaan kecil yang berlaku.

Pada 27 November 2020 Giggs kemudian didakwa melakukan perbuatan berbentuk ugutan. Jika didapati bersalah, Giggs berdepan dengan penjara sehingga 5 tahun.

Oleh kerana terkait kes tersebut, FA Wales (FAW) memutuskan untuk menyingkirkan nama Giggs daripada jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan.

Giggs akan digantikan oleh Robert Page yang akan memimpin pasukan kebangsaan Wales menghadapi Euro akan datang. Page sebelum ini menjadi pembantu kepada Ryan Giggs.

Giggs mengucapkan selamat maju jaya kepada Page dengan berkata: “Saya mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada Robert Page, staf kejurulatihan, para pemain dan penyokong, untuk Euro musim panas ini.”

Baca juga artikel

EPL: Kesilapan Leno Tambah Derita Arsenal

Ed Woodward ‘Resign’ Kerana Tak Sokong Glazers Mahu Sertai ESL? Ini Sebenarnya Berlaku

‘Sayang United, Bencikan Glazers’: Kisah Panjang Kebencian Penyokong United Kepada Pemilik Kelab