Selepas 12 minggu masa perpindahan pemain untuk saingan Liga Malaysia 2018 dibuka sejak 20 November 2017, akhirnya jendela perpindahan pemain telah ditutup secara rasmi semalam.

Kelantan yang berada dalam prestasi pembukaan musim paling buruk sejak 10 tahun lalu berjaya melakukan perpindahan saat akhir apabila menandatangani semuala penyerang prolifik mereka sebelum ini Muhammad Ghaddar untuk mempertajamkan serangan skuad The Red Warriors itu.

Morgaro Gomis Disingkirkan Sementara?

Kehadiran Ghaddar walaubagaimanapun mengundang persoalan serius dimana diberitakan bahawa, Morgaro Gomis digugurkan untuk memberi laluan kepada penyerang baru mereka.

dragon-ball-son-goku-saiyan-cooliciousstore-1703-27-cooliciousstore@8

Gomis yang diberitakan terpaksa berehat lama akibat kecederaan sebelum ini, tetapi dengan berita ‘pertukaran’ dengan Ghaddar ini, tiada kepastian apakah benar Gomis mengalami kecederaan serius sehingga terpaksa diketepikan ataupun sebenarnya disingkirkan untuk memberikan ruang kepada Ghaddar.

Ada juga desas-desus mengatakan bahawa Gomis terpaksa diketepikan selama 6 bulan akibat kecederaan ini, dan Ghaddar hadir sebagai pengganti.

Sebelum musim bermula juga, Gomis juga dilaporkan tidak berapa digemari oleh pengurusan skuad The Red Warriors, dan Gomis menandatangani kontrak baru selepas mendapat tekanan dari pelbagai pihak.

Adakah is satu konspirasi atau pun sememangnya benar, hanya pihak Persatuan Bola Sepak kelantan yang mampu memberikan kenyataan rasmi berkenaan perkara ini tidak lama lagi.