Syarikat E-dagang gergasi dari Jepun, Rakuten yang pernah menjadi penaja kepada Barcelona berminat untuk membeli sebuah kelab yang bersaing dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkara ini dikongsikan oleh The Sun dimana syarikat gergasi itu berminat untuk membeli kelab setelah menyaksikan Public Investment Funds (IPF) membeli Newcastle United baru-baru ini.

Rakuten sebelum ini menjadi penaja kepada Barcelona dimana nama syarikat itu diletakkan di depan jersi kelab La liga itu. Barcelona menerima tajaan sebesar £25 Juta atau RM140 Juta semusim sekaligus menjadi antara penaja utama kelab.

Namun, Barca ketika ini sedang mengalami masalah prestasi dan syarikat yang dilabel sebagai “Amazon Jepun” itu menarik diri dan mereka mahu mencari kelab baharu untuk dimiliki sekaligus dijadikan sebagai salah satu cabang syarikat dalam pelaburan bola sepak.

Meskipun juara 26 kali La Liga itu melantik legenda kelab iaitu Xavi Hernandez sebagai pengurus menggantikan Ronald Koeman, namun perkara tersebut masih dianggap kurang meyakinkan untuk Rakuten dan syarikat itu tetap dengan pendirian untuk menarik diri sebagai penaja utama.

Selain pernah menjadi penaja Barcelona, Rakuten juga menjadi penaja kelab lain seperti Vissel Kobe yang beraksi dalam saingan Liga jepun selain beberapa acara sukan lain seperti kejohanan Tenis Davis Cup dan Tokyo Open selain sebuah pasukan besbol di Jepun.

PIF mengambil alih Newcastle United dengan nilai £300 Juta atau RM1.6 Bilion sekaligus menjadikan kelab itu sebagai kelab terkaya di dunia mengatasi kelab besar lain seperti Manchester City, Paris Saint-Germain, Chelsea dan Liverpool.

Konsortium dari Arab Saudi itu sudah bersedia untuk membeli pemain bertaraf bintang pada jendela perpindahan Januari ini sebagai langkah untuk meningkatkan prestasi pasukan yang ketika ini berada dalam zon penyingkiran.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Kawal Media Sosial Dan Pergerakan Pemain, Antara 6 Peraturan Khas Baru Barcelona

Xavi Yakin Dembele Akan Menjadi Pemain Terbaik Dunia Di Posisinya

RASMI: Eddie Howe Pengurus Baru Newcastle