Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique mendedahkan bahawa bukan beliau sahaja yang bersetuju untuk menerima pemotongan gaji bagi membolehkan kelab tersebut untuk mendaftarkan Memphis Depay, Eric Garcia dan Rey Manaj dalam saingan La Liga.

Kenyataan itu dikeluarkan Pique selepas rakan sepasukannya, Jordi Alba di ‘boo’ oleh para penyokong The Blaugrana ketika perlawanan Barcelona menentang Real Sociedad, awal pagi tadi.

Pemain lain yang dimaksudkan Pique bersetuju untuk pemotongan gaji tersebut ialah Sergio Busquets, Sergi Roberto dan juga Jordi Alba. Kesemua pemain tersebut merupakan individu bergelar ketua pasukan dalam skuad Barcelona.

“Saya ingin menekankan kepada anda semua bahawa kami telah membuat perbincangan dengan barisan kapten lain [tiga pemain tersebut] mengenai pemotongan gaji dan saya tahu mereka akan pantas mengambil langkah sama, ia hanya berkaitan waktu.”

“Saya harus menjadi pemain yang pertama melakukannya dengan cepat kerana ia barkait dengan masalah pendaftaran,” ujar Pique menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Tetapi ini adalah masalah keluarga, kami semua bersama, para kapten memuliki niat yang sama sejak pertama kali menyesuaikan diri dengan apa diperlukan oleh kelab ini dan itulah keputusan yang kami ambil dan kami bangga kerananya.”

“Kadang-kadang terdapat salah faham [berhubung ejekan penyokong terhadap Alba]. Saya sudah menghubungi Sergi [Roberto], Busi [Busquets] dan Jordi, dan kami semua sudah berusaha untuk mencapai kata sepakat.”

“Dengan hanya beberapa jam sahaja sebelum liga dimulakan, mereka memerlukan seorang untuk merasmikannya [pemotongan gaji] untuk membolehkan pendaftaran pemain baharu, tetapi saya tahu pemain lain juga akan melakukannya,” tambah Gerard Pique lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Park Hang-seo Ada 6 ‘Assistant’ Dari Korea Selatan Demi Persiapan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022

Fenerbahçe Tandatangani Pertahanan Tinggi Lampai Korea Selatan, Kim Min-jae

Dato’ Ab Ghani Dipilih Gantikan Datuk Haji Hamidin Sebagai Presiden Baharu MFL

 

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group