Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Georginio Wijnaldum mendedahkan bahawa dirinya tidak begitu gembira sejak berpindah ke kelab baharunya pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Meninggalkan Liverpool untuk menyertai PSG secara percuma, Wijnaldum dilihat mengalami saat sukar untuk membuktikan kemampuannya bersama kelab himpunan bintang itu.

Pada lima perlawanan terakhir saingan Ligue 1, pemain berusia 30 tahun itu hanya sekali diturunkan sebagai kesebelasan utama dimana pengurus pasukan, Mauricio Pochettino lebih gemar menggandingkan Marco Veratti dan Idrissa Gueye di jentera tengah.

Keadaan itu mungkin menjadi faktor utama menyebabkan Wijnaldum merasakan ia bukanlah permulaan yang diharapkannya dalam kariernya pada ketika ini.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa saya benar-benar gembira [berada di PSG],” ujar Wijnaldum menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

“Situasinya tidak seperti yang saya mahukan. Saya telah bermain banyak perlawanan dalam beberapa tahun ini, sentiasa kekalkan kecergasan dan juga melakukannya dengan cukup baik.”

“Ia sesuatu yang berbeza dan perlu untuk sesuaikan diri. Saya sentiasa memandang ke hadapan untuk melakukan langkah baharu dan ini pula yang terjadi. Ini sangat sukar.”

“Inilah bola sepak dan saya perlu untuk belajar untuk menanganinya. Saya seorang pejuang. Saya perlu untuk terus positif dan bekerja keras untuk mengatasinya,” tambah Georginio Wijnaldum lagi.

Sejak menyertai PSG, ketua pasukan skuad kebangsaan Belanda ini telah membuat lapan penampilan dalam kempen Ligue 1, dua aksi Liga Juara-Juara Eropah dan beraksi selama 19 minit ketika tumpas di tangan Lille pada aksi final Trophee des Champions.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Capello: Real Madrid Lebih Perlukan Bek Tengah Berbanding Mbappe

Hein Htet Aung Kian Membara Bersama Selangor

Aksi Guilherme De Paula Jadi Bahan Gurauan TikTok

Sumber