Selepas beraksi dalam saingan Ligue 1 Perancsi selama satu musim bersama Toulouse, pemain pertahanan skuad kebangsaan Jepun, Gen Shoji meninggalkan kelab tersebut untuk kembali ke pangkuan Gamba Osaka bagi mengharungi saingan musim 2020.

Shoji merupakan produk dari akademi Gamba Osaka dan beliau memulakan karier bola sepak profesional bersama Kashima Antlers pada 2011. Shoji beraksi bersama kelab itu selama 8 musim sebelum menerima Toulouse dan seterusnya berhijrah ke Perancis pada musim 2018/2019 lalu.

Gen Shoji
Gen Shoji of Toulouse during the Ligue 1 match between Nimes and Toulouse at Stade des Costieres on January 19, 2019 in Nimes, France. (Photo by Alexandre Dimou/Icon Sport via Getty Images)

Pemain berusia 27 tahun itu hanya beraksi sebanyak 18 perlawanan bersama Toulouse. Kecederaan otot dan juga buku lali yang dialami oleh Shoji menyebabkan beliau terlepas banyak perlawanan kerana harus menjalani proses pemulihan.

Di peringkat antarabangsa, Gen Shoji merupakan salah seorang pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan kebangsaan Jepun ketika itu, Akira Nishino untuk beraksi dalam temasya Piala Dunia 2018. Akan tetapi, Jepun menamatkan saingan di peringkat kalah mati apabila tewas kepada Belgium dengan keputusan 3-2.

Dalam saingan J. League musim lalu, Gamba Osaka berada di tangga ketujuh dan mereka berazam untuk memperbaiki kedudukan pada musim 2020 yang akan membuka tirai pada 21 Februari ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Jepun di sini:

Vissel Kobe Daftarkan Tiga Pemain Asing Bagi Hadapi AFC Champions League 2020

Ejen Pemain Bola Sepak Dari Jepun Ini Sedang Mencari ‘Center Back’ Muda Malaysia

Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi