Markas utama skuad kebangsaan Indonesia, Stadium Gelora Bung Karno diundi sebagai stadium favourite di Asia Tenggara menurut undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Gelora Bung Karno atau yang lebih sinonim dengan panggilan GBK menerima 58 peratus undian sekaligus mengalahkan Stadium Nasional Bukit Jalil yang berada di tangga kedua dengan 19 peratus undian.

Gelora Bung Karno

Malaysia fans during Malaysia vs Indonesia match at the Gelora Bung Karno stadium in Jakarta on September 5, 2019. PHOTO BY HAZRIN MOHD ZAIDUN / ASIANA.MY

Selain GBK dan SNBJ, tiga lagi stadium turut masuk dalam senarai undian yang dikeluarkan oleh AFC. Tiga stadium tersebut ialah Stadium Australia, Stadium Rajamangala dan Stadium My Dinh.

Stadium Australia menduduki tangga ketiga setelah menerima sebanyak 11 peratus undian. Stadium Rajamangala menduduki tempat keempat dengan 8 peratus undian manakala Stadium My Dinh menduduki tangga kelima dengan 4 peratus undian.

Gelora Bung Karno

Sumber Gambar: AFC

Malaysia mempunyai catatan baik di Gelora Bung Karno apabila mereka berjaya menewaskan Indonesia di gelanggang tersebut baru-baru ini dalam perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe berjaya memenangi pertandingan dengan keputusan 3-2 dimana gol kemenangan dijaringkan oleh Mohamadou Sumareh.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Indonesia di sini:

Media Indonesia Gesa PSSI Belajar Dari FAM Mengenai Pemain Naturalisasi

Mulia, Persipura Jayapura Sumbangkan Dana Subsidi Untuk Penanganan COVID-19

Pernah Kecewa Soal Gaji, Robert Rene Alberts Tak Akan Latih Arema Lagi

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group