Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pengurus Atalanta, Gian Piero Gasperini berpendapat perbincangan di antara pengadil perlawanan dan pegawai bertugas ketika mengendalikan Video Assistant Referee (VAR) perlu didengari oleh pasukan.

Pendapat yang disuarakan pengendali berusia 63 itu selepas insiden jaringan yang dihasilkan oleh Duvan Zapata pada aksi Serie A bertemu AS Roma dibatalkan oleh VAR.

Selain itu, Atalanta juga tidak mendapat sepakan penalti meskipun penyerang kelahiran Colombia tersebut dikasari dalam kawasan penalti.

Kehampaan jelas berganda buat Gasperini apabila skuad bimbingannya itu tewas 1-4 yang merupakan kekalahan ketiga pada musim ini untuk menduduki tangga keempat dengan 37 mata.

Beliau dalan pada itu turut menganggap pegawai pasukan perlu untuk mendengar perbualan ketika rujukan VAR dilakukan agar pasukan tidak merelakan sahaja segala kesalahan dilakukan pengadil.

“Komunikasi mereka [pengadil dan pegawai VAR] nampaknya kelihatan seperti sebuah rahsia negara, tetapi seharusnya kita dibenarkan untuk mendengar perbualan antara mereka.”

“Jika tidak, kita mungkin percaya bahawa ada sesuatu yang tidak berjalan dengan baik [terhadap keputusan daripada VAR]. Disebabkan keadaan tersebut, seseorang akan sentiasa menerima kesalahan yang dilakukan oleh pengadil.”

“Misalnya seperti pada perlawanan Sabtu lalu, kami tidak diberikan sepakan penalti yang mana ia jelas memperlihatkan terdapat pelanggaran terhadap Zapata,” ujar Gasperini menurut sumber laporan dikeluarkan Football Italia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia di sini:

Guardiola Sisihkan Foden Dan Grealish Sebab Pergi Kelab Malam Dan Tak Cukup Tidur

Bekas Pemain Skuad B-23 Indonesia Tunjuk Kemaluan Ketika Aksi “Live”

Gagal Di Piala AFF Suzuki 2020, Lim Teong Kim Persoal MFL Dan FAM

 

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group