Juara Liga Vietnam 2019 Hanoi FC menerima tamparan hebat apabila pihak AFC menolak rayuan yang dibuat oleh kelab itu untuk beraksi dalam saingan AFC Champions League dan AFC Cup 2020.

Perkara ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat perlesenan yang telah ditetapkan oleh pihak AFC bagi membolehkan sesebuah kelab itu layak beraksi diperingkat Asia atau pun tidak.

Dalam kes Hanoi FC ini, dalam musim 2019 mereka tidak mempunyai pasukan bawah 15 tahun yang beraksi dalam kejohanan peringkat kebangsaan dimana ini merupakan salah satu syarat yang terkandung dalam perlesenan peringkat AFC Champions League dan AFC Cup.

8be8e7d5f09519cb4084

Ho Chi Minh City FC bakal beraksi dalam saingan AFC Champions League dan AFc Cup 2020 nanti.

Menurut portal VN Express, presiden kelab Hanoi FC Nguyen Quoc Hoi menerima kesalahan ini apabila dikatakan ‘meminjamkan’ pasukan bawah 15 tahun mereka kepada Saigon FC yang menyebabkan Hanoi FC tidak ada pasukan untuk bertanding dalam kejohanan bawah 15 tahun peringkat kebangsaan.

Penjelas itu tidak dapat diterima dengan baik oleh para penyokong pasukan, dan banyak soalan diajukan tentang tahap profesionalisme dan komitmen Hanoi FC dalam perkara seperti ini serta masa depan kelab.

Naib juara saingan VLeague 2019 iaitu Ho Chi Minh City FC akan menggantikan Hanoi FC dalam saingan kelayakan AFC Champions League serta AFC Cup.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai peminat bola sepak sejati.

Chanathip Songkrasin Dan Thitipan Puangchan Dipanggil Sertai Latihan Menjelang ‘Laga’ Malaysia Dan Vietnam

Vietnam Dibawah Park Hang-seo Masih Kekalkan Status ‘Unbeaten’ Dengan Negara ASEAN

Oita Trinita Turunkan Thitipan Puangchan Bertemu Vissel Kobe, Sedia Beraksi Berdepan Malaysia

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group