Itali merupakan negara yang terjejas teruk kerana koronavirus. Dan kerajaan sudah mengenakan lockdown di negara tersebut sejak 9 Mac 2020.

Namun ada beberapa pasukan di Itali termasuk dua pasukan elit liga utama, iaitu Cagliari, Lazio dan Napoli mengarahkan pemain mereka turun berlatih.

Perkara itu sangat mengecewakan ramai pihak. Alasan Lazio dan Napoli adalah, mereka mengadakan latihan tertutup dan para pemain diperiksa secara teliti oleh doktor kelab.

Namun sebenarnya, Covid-19 tidak semestinya menunjukkan gejala. Dan virus tersebut masih boleh merebak.

Tindakan kelab seperti Lazio dan Napoli itu juga dikecam kerana ianya merisikokan nyawa para pemain dan jurulatih.

Terbaru, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte telah menyebut secara spesifik bahawa tiada aktiviti bola sepak – termasuk latihan – yang dibenarkan sehingga sekurang-kurangnya 13 April.

Liga Serie A Itali sedang digantung ketika ini kerana wabak koronavirus.

Conte juga menyatakan apa sahaja sesi latihan walaupun kelompok kecil juga dilarang sama sekali. Conte berkata;

“Penggantungan ini sehingga 13 April. Kita tahu, kita sedang meminta satu lagi pengorbanan daripada anda semua,” tegas beliau pada Rabu.

“Kita harus faham satu perkara. Jika kita berhenti mengikut peraturan khas ini untuk mengurangkan penularan wabak ini, bermakna kita sedang buat benda yang sia-sia selama ini.”

Conte menegaskan, tiada masalah untuk para pemain melakukan latihan di rumah, dan jurulatih kelab memberikan panduan kepada para pemain.

Namun sebarang aktiviti di kompleks sukan adalah dilarang sama sekali. Kegagalan untuk mengikut perintah yang ditetapkan akan membuatkan sesebuah kelab itu didakwa melanggar perintah lockdown.

“Ini bukan bermakna atlet tidak boleh berlatih langsung. Mereka masih boleh berlatih secara individi. Namun sebarang latihan di headquarters kelab adalah dilarang sama sekali.”

Pada Rabu, lebih 13,100 kematian dicatatkan di Itali kerana Covid-19. Mereka menjadi negara yang paling banyak kematian kerana Covid-19 ketika ini.

Kelab seperti Manchester United berterusan memberikan panduan kepada pemain secara individu tentang latihan peribadi dan juga diet harian mereka yang berbeza-beza oleh setiap pemain.

Kelab seperti Lazio dan Napoli seharusnya lebih serius dalam usaha menyokong perlaksanaan lockdown di Itali.

Lagi artikel menarik untuk anda baca sempena PKP COVID-19 ini seperti dibawah.

UEFA Sahkan Liga Juara Juara Eropah Digantung

Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas

Bagaimana Messi Menjadi Penggelecek Unggul Hanya Bersenjatakan Fake Body Feint