LOTTO Malaysia dimaklumkan bahawa pada 17hb Januari 2020 terdapat beberapa laporan melalui instrumen media sosial telah menyatakan bahawa LOTTO Malaysia akan menarik balik penajaan Persatuan Bolasepak Kedah (Kedah FA) akibat penularan gambar- gambar yang digembar-gemburkan sebagai jersi KFA bagi Musim Liga Malaysia 2020.

LOTTO Malaysia mendapati terdapat asas yang munasabah untuk mempercayai kesahihan berita bahawa gambar tersebut telah disebarluaskan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sungguhpun tiada kenyataan rasmi dari pihak LOTTO Malaysia mahupun KFA berkenaan jersi tersebut.

LOTTO Malaysia mengambil serius dan amat kesal dengan penularan gambar tersebut dan juga LOTTO Malaysia menafikan 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 yang disebarkan di laman media sosial berkaitan penarikan balik tajaan terhadap KFA.

LOTTO Malaysia telah pun memajukan bukti penularan tersebut kepada Peguam Syarikat untuk memulakan siasatan dan tindakan perundangan dengan Pihak Berkuasa berkaitan.

Perlu ditekankan bahawa LOTTO Malaysia terus komited untuk bersama-sama pengurusan KFA dan persatuan-persatuan bolasepak di Malaysia bagi memulakan kempen bolasepak 2020 dan bersama-sama mencipta sejarah kejayaan yang penuh gemilang dan cemerlang.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kualiti Jersi Yang ‘Cikai’ Punca Utama Majlis Pelancaran Jersi Perak FA 2020 Ditangguhkan?

Kedah Lancar Kit Jersi Ketiga Untuk Saingan Kelayakan AFC Champions League 2020

Barisan Pemain Import BG Pathum United Bagi Saingan Thai League 1 Musim 2020