Bekas pemain skuad juara AFF Suzuki Cup 2016 Thailand, Sarawut Masuk dilaporkan telah hilang dan gagal dihubungi sejak hampir sebulan yang lalu telah mencetuskan satu misteri kepada industri bola sepak Thailand.

Nui yang juga bekas pemain kelab SCG Muangthong United dan Bangkok Glass itu yang pada musim 2020 ini yang sepatutnya turun beraksi untuk Nongbua Pitchay FC dalam saingan Thai League 2, telah dibatalkan kontraknya oleh pihak kelab kerana gagal hadir dalam tempoh yang begitu lama.

Misteri kehilangan itu menurut beberapa media sukan Thailand dikatakan berlaku apabila Sarawut Masuk terjebak dengan judi bola sepak secara illegal yang telah menyebabkan beliau berhutang dengan pihak-pihak tertentu dan gagal melunaskan bayaran.

2d10b1fab19544220abce75ad295095e

Akibat dari masalah itu, Sarawut Masuk telah diugut dengan beberapa cara termasuk ugutan bunuh jika gagal membayar hutang tersebut.

Masalah Sarawut Masuk itu telah sampai ke pengetahuan Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dan beliau meminta sesiapa yang boleh menghubungi pemain itu untuk menyampaikan pesanan supaya berhubung dengan bahagian komunikasi FAT bagi mencari penyelesaian.

Menurut portal Thairath Online, Sarawut Masuk ketika beraksi dengan SCG Muangthong United pernah menerima gaji sekitar THB100,000 atau RM13,170  sebulan dan pendapatan memuncak ketika bermain dengan Bangkok Glass FC apabila menerima gaji THB500,000 atau RM65,800.

Screenshot 2020-04-13 at 12.44.15 AM

Pendedahan oleh ejen beliau – Yuthana Taweesupasuk dahulu juga mengatakan pemain itu pernah mempunyai wang simpanan sekitar THB20 juta atau RM2.64 juta dan kini beliau tidak memiliki apa-apa disebabkan hutang judi yang terlalu banyak.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Azmeer Yusoff: Jual Ikan Sehingga 1.3 Tan Sehari, Cari Pendapatan Tambahan Ketika PKP

Pendapatan Kerteh FC Meningkat 232.8%, Rekodkan ‘Profit’ 24.1% Sepanjang Tahun 2019

3 Bulan Dalam Saingan Thai League 1, Bekas Pengurus Kashima Antlers Ceritakan Perbezaan Dengan J.League