2 orang pemain skuad kebangsaan Laos dijatuhkan digantung dari terlibat dalam segala aktiviti bola sepak oleh pihak AFC selepas didapati bersalah mengatur keputusan perlawanan antarabangsa diantara Laos dan Hong Kong pada 2017.

Khampheng Sayavutthi and Lembo Saysana telah didapati melanggar artikel 66.1 kod etika dan disiplin AFC dan kedua-duanya didapati bersalah berkomplot memanipulasi keputusan perlawanan antarabangsa pada 5 Oktober 2017.

Hukuman ini juga menunjukkan bahawa pihak AFC memberikan komitmen penuh terhadap polisi ‘zero-tolerence‘ mengatur perlawanan dan peraturan yang bakal hukuman berat kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah.

7ea4e4d4b15ac2d20c5a505e4e664ce6

Keputusan yang dijatuhkan kepada 2 pemain tersebut telah dimaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Lao (LFF) dan pihak AFC akan meminta FIFA untuk memperluaskan penggantungan ini diseluruh dunia.

Perkara seperti ini bukanlah kali pertama berlaku kepada bola sepak Laos kerana sebelum ini kelab Lao Toyota FC telah digantung dari menyertai kejohanan AFC Cup 2018 kerana didapati mengatur atau mempengaruhi keputusan perlawanan kejohanan yang sama pada edisi 2015 dan 2016.

laos-kalahkan-kamboja-mszt9q-prv

Laos kini berada di FIFA ranking ke 188 dunia bukan sebuah negara yang kuat dalam infrastruktur bola sepak tetapi pemain-pemain mereka mempunyai kecenderungan tinggi melakukan perkara seperti ini kerana terdesak.

Khampheng yang berusia 33 tahun merupakan salah seorang penjaring gol terbanyak dalam sejarah pasukan Laos, manakala Lembo yang berusia 25 tahun pernah memegang status sebagai pemain muda Laos yang memiliki prospek paling cerah.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Piala Sumbangsih: ‘Winning Rate’ JDT Adalah 80% Selain Berpeluang Muncul Pasukan Pertama Juara 3 Kali Berturut-Turut.

Teerasil Dangda Cipta Sejarah Dalam Saingan Liga Jepun

Thai League 1 2020: Police Tero Raih Kemenangan Kedua

Sumber