Gandingan dua penyerang import baharu, Bernardo Cuesta dan Ricardo Bueno membantu naib juara Thai League 1, Buriram United menewaskan kelab V-League, Ho Chi Minh City FC dengan keputusan 2-1 pada perlawanan pusingan kelayakan kedua saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Pada aksi yang berlangsung di Chang Arena, Buriram bagaimanapun perlu menunggu sehingga babak kedua untuk memecah kebuntuan apabila Bernardo Cuesta membuka tirai jaringan pada minit ke-51. Seorang lagi penyerang import, Ricardo Bueno menggandakan kelebihan Buriram apabila beliau menanduk masuk bola hasil daripada sepakan penjuru pada minit ke-74.

Meskipun ketinggalan dengan dua gol, pemain Ho Chi Minh tidak berputus asa untuk cuba mencari jaringan dan usaha mereka berhasil apabila Pape Diakite menanduk masuk bola hasil daripada hantaran Phi Son pada minit ke-77 bagi mengurangkan defisit jaringan.

Namun, pasukan kendalian Bozidar Bandovic berjaya mengekalkan kelebihan yang dimiliki sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus mara ke pusingan play-off. Buriram United akan bertandang ke Shanghai bagi menghadapi Shanghai SIPG pada 28 Januari ini.

Baca artikel lain tentang saingan peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2020 di sini:

Ceres-Negros Cipta Kejutan Tewaskan Juara Piala FA Thailand, Port FC

Hatrik Kipre Tchetche Bantu Kedah Singkirkan Tai Po FC

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group