Skuad B-19 Tahun negara dilihat tidak mengambil mudah saingan AFC B-19 Tahun yang akan berlangsung di Uzbekistan bermula 14 Oktober mendatang dimana mereka memburu khidmat pemain berdarah Malaysia yang berpangkalan di England iaitu Jaami Qureshi.

Pengurus skuad B-19, Datuk Kamarul Ariffin baru-baru ini menyatakan kesediaan beliau untuk berangkat ke England bagi memantau sendiri perkembangan pemain yang pernah beraksi bersama skuad B-15 Tahun England itu sekaligus membuat penilaian.

Gandingan
Sumber Gambar: Stadium Astro

Bagi yang baru mengenali Jaami, pemain ini beraksi di posisi penyerang dan beliau pernah menimba ilmu dengan beberapa akademi ternama di England seperti akademi Brentford, Chelsea dan Fulham.

Kelab semasa Jaami, Brighton & Hove Albion FC telah memberikan pelepasan kepada Jaami sekiranya beliau dipilih oleh FAM untuk menganggotai skuad Malaysia U19 dibawah bimbingan Brad Maloney.

Gandingan
Sumber Gambar: Football Tribe

Jika perkara ini menjadi kenyataan, maka barisan serangan negara akan diisi oleh gandingan Jaami dan seorang lagi penyerang lincah iaitu Luqman Hakim Shamsuddin.

Gandingan kedua-dua pemain ini dilihat bakal memberi kelebihan buat pasukan negara dimana kemampuan Luqman dan pengalaman yang dimiliki oleh Jaami akan memainkan peranan penting buat Malaysia di saingan AFC B-19 Tahun nanti.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim dan Jaami Qureshi di sini:

Brighton & Hove Albion FC Beri Pelepasan Untuk Jaami Qureshi Sertai Skuad AFC U19 Jika Dipilih Oleh FAM

K.V. Kortrijk Tawarkan Kontrak Rasmi Kepada Luqman Hakim

Skuad B-19 Tahun Negara Buru Khidmat Jaami Qureshi