Penyerang skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda yang sudah tiba beberapa hari lalu di Shizuoka, Jepun kini dapat dipastikan sedang menyertai kem latihan pra-musim Shimizu S Pulse di Kagoshima Fureai Sportland.

Gambar dibawah yang diperolehi dari laman web rasmi Shimizu S Pulse ketika majlis menyambut ketibaan pasukan tersebut di Kagoshima, serta meraikan para penaja dan rakan rasmi kelab turut disertai oleh Teerasil Dangda.

news_column_images306907

Menurut beberapa media bola sepak terkenal dari Jepun, Shimizu S Pulse dikatakan sudah bersetuju untuk menawarkan kontrak penuh 2 tahun untuk Teerasil Dangda dari SCG Muangthong United.

Dan pada minggu lepas juga, ujian perubatan sepatutnya telah dilakukan dan pengumuman rasmi Teerasil Dangda selaku pemain baru Shimizu S Pulse dibuat pada hari Jumaat, namun ia tidak berlaku sehingga hari ini.

Walaupun tanpa sebarang pengesahan rasmi dari pihak kelab, kelibat Teerasil Dangda yang telah dibawa menyertai pelbagai lagi acara rasmi kelab sempena pembukaan musim baru ini menguatkan lagi hujah bahawa beliau boleh diumumkan sebagai pemain baru kelab Shimizu S Pulse pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai.

news_column_images306904

Dalam sesi latihan ringan pertama kelab itu di Kagoshima semalam juga dapat dilihat dengan jelas gambar Teerasil Dangda bersama-sama pemain lain melakukan aktiviti di dewan tertutup.

Kem latihan pra-musim itu akan berlangsung dari 26 Januari sehingga 4 Febuari 2020 dimana pasukan Shimizu S Pulse akan mempunyai jadual latihan 2 sesi sehari iaitu pada jam 10 pagi dan 4 petang serta dijadualkan untuk bertemu pasukan Kagoshima United FC dan juga Matsumoto Yamaga FC dalam perlawanan rasmi pra-musim 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

‘Posing’ Mat Yo Dalam Majlis Pengenalan Pemain BG Pathum United Musim 2020 Jadi Bualan Para Peminat.

Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi

AFC Club Ranking: JDT Berada Dalam Top 50 Kelab Bola Sepak Terbaik Di Asia Dan Ke-6 Di Rantau ASEAN