Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pemain pertahanan skuad Lang Merah, Azmeer Yusoff terlantar di sebuah hospital di Kuala Lumpur sehingga mencetus kebimbangan dalam kalangan penyokong Kedah.

Dengan peningkatan kes wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini, para penyokong risau pemain kesayangan mereka itu dijangkiti wabak berkenaan sekaligus tertanya-tanya apakah jenis rawatan yang sedang dijalani oleh pemain berusia 30 tahun itu.

Menurut laporan daripada Arena Metro, Azmeer mengalami demam panas dan kemasukannya ke hospital tidak ada kena mengena dengan wabak pandemik itu. Perkembangan itu disahkan sendiri olah Presiden Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC), Zulkifli Hashim.

“Kami dimaklumkan dia kini mengalami demam panas dan sedang menjalani rawatan yang diperlukan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur sejak dua hari lalu.

“Memang ramai yang bertanya apabila melihat status gambar Azmeer yang dimuat naik dengan begitu cepat oleh netizen sejak semalam, namun dengan penjelasan tahap kesihatan sebenar daripada keluarganya, kami berasa sedikit lega.

“Dalam masa yang sama, kami sentiasa menunggu perkembangan tahap kesihatanya dari masa ke semasa dan apa yang kami harapkan adalah mendoakan kesihatannya segera pulih secepat mungkin.” katanya

Azmeer yang menyertai Kedah sejak musim 2019  pernah membantu Lang Merah menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2016 dan Piala FA pada tahun 2019.  Sebelum kembali ke Kedah, beliau sempat membantu Kuala Lumpur menjuarai Liga Premier pada tahun 2017.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Azmeer Yusoff yang pernah disiarkan dalam Vocket FC sebelum ini. 

Azmeer Yusof Sediakan Rumahnya Sebagai Tempat Mengaji, Cari 10 Orang Yang Mahu Belajar Al-Quran PERCUMA

Piala Malaysia 2019: Azmeer Buat Ulangkaji Bagaimana Cara Untuk Sekat Sumareh